Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, January 29, 2012

♥ 32th

Kata - kata dibina untuk awak,
Bongkahnya disimen juga untuk awak,
Batunya mungkin sekuat Batu Caves tentunya untuk awak,
Sejujurnya,
Segalanya memang saya peruntukkan awak,
Hidup awak,
Pernafasan awak,
Diri awak.

Tolong,
Jangan nangis,
Meratap atas apa yang berlaku,
ALLAH itu maha mengetahui,
Jadi saya pasti ALLAH tahu siapa yang menganiaya
Siapa yang dianiaya.

Dan...
Awak yang teraniaya,
Jadi
Sabar sayang,
ALLAH Menguji kita,
Jangan mengalah sebelum sempat ALLAH memberi ganjaran atas kesabaran itu

Kiss : Si Kudut :)

Thursday, January 12, 2012

♥ 31th

12.44 am ( 13. Januari. 2012 )

Hati saya masih risau,
Haish,
Si sihat dulu selalu admit wad,
Ada satu waktu dulu,
Saya tanya dia,
" Kalau b sakit. ayg nak jaga boleh "
Dia senyum...
Eh, baru saya ingat perbualan itu 3 minggu lepas mungkin,
Saya bukan berdoa ya,
Tapi tup tup semalam si sihat admit wad.

Puncanya mudah,
Sepeninggalan saya selama seminggu,
Si sihat demam,
Setiap hari telefon,
Saya dapat jangka yang dia sangat tidak sihat,
Jadi saya percepatkan tarikh balik ke KL,
Dan keadaan masih tidak ok,
CUMA....
Demamnya kebah bila saya balik,
Kata dia, " B demam bukan sebab apa, sebab rindukan ayang pon yer jugak "
Saya hanya tersenyum,
Kalau betul sebab saya, dalam hati saya berdoa,
"  Ya, ALLAH...sembuhkan lah dia "
Yer,
memang betul kowt demam itu sebab rindukan saya,
Tapi asthma,
Hahahahahaha... Yer asthma si sihat bukan rindukan saya,
Tapi sengaja datang,
di saat si sihat di uji dengan ujian maha hebat.

Dan semalam,
Kami ke GH,
atas alasan nak amik gas sebenarnya,
Jap lagi admit wad sebab si sihat suspek paru - paru berair.

Sungguh, hati saya galau,
Tidak tenang,
Tiba - tiba saya jadi seorang yang berani,
Si sihat suruh balik ke rumah jam 3 pagi,
Saya kental
Walhal saya memang sangat2 penakut.

Dan malam ini,
Dia di depan mata saya,
Sedang amik gas,
Tak kisah lar saya duduk di kerusi,
Dia tdo di atas katil,
Asalkan dia di depan mata.
Saya xnak dia hilang di depan mata.
:(


CEPAT SIHAT SAYANG

Tuesday, January 10, 2012

♥ 30th

Sebentar tadi dia terbangun lagi dari tidur nyenyak sejak 11.30 malam tadi,
Keras,
Kasar,
Merah,
Hati saya walang,
Rasa mahu menangis.

Ya,
Semenjak hari jumaat lepas,
Si sihat sudah tidak berapa sihat lagi.

Simpati ??
Ya, dia umpama nyawa saya,
susah untuk saya katakan tidak,
Bukan sahaja tentang kesihatan,
Tapi tentang kehidupannya lately nie,

Sayang,
Sembuh lar cepat :(

Kiss : Si Kudut :)

Saturday, January 7, 2012

♥ 29th

Dah lama rasanya saya tak menjenguk disini,
Oh ya,
Bukan tiada cerita yang menyeronokkan antara kami,
Atau ada apa - apa yang jadi pada kami,
Tak !!
Cuma saya & dia sedikit sibuk,
Si sihat dengan syarikat,
Saya pula dengan aktiviti menjana pendapatan sambilan.
Insyaallah,
Selepas ini saya cuba meluangkan masa untuk melalui percintaan di tapak ini lagi,
Si sihat selalu menyindir saya,
" ermmmm...tak de pape pown dalam blog "
dan saya
hanya mampu gelak...

Sayang, saya malas sangat !! Saya nak ajar tulis blog awak xnak !!

Kiss : Si Kudut :)