" Kau boleh menyandar pada seribu bahu kalau kau mahu,
Tapi kau memilih yang satu itu,
Yang paling dungu,
Yang buat kau bersandar,
Sambil airmata kau jatuh bertalu - talu dan hati kau pecah beribu "
Suatu hari nanti,
Mungkin esok,
Mungkin lusa,
Mungkin tulat,
Mungkin kulat,
Bulan hadapan,
Tahun hadapan,
Suatu hari nanti,
Ketika aku bangun pagi,
Nyawa terbang tinggi,
Nafas tiada lagi,
Cuma jasad kaku mati,
Bukan sebab darah tinggi,
Kencing manis berkalori,
Atau bengkak ulu hati,
Tapi
Kerana JANJI YANG TIDAK DITEPATI,
Bukankah setiap hubungan itu ada ikatan sehidup semati yang terpatri,
Tapi mengapa kau buat aku begini.
Thanks sebab kesekian kali,
Mungkin ke 150 juta kali seperti yang awak nyanyi,
Sekali lagi,
Awak buat saya mati.