Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, May 19, 2013

♥106th

Pagi itu ada tangan yang melingkar atas badan,
Ada bau yang aku rindu untuk 6 hari terkebelakang dahulu,
Tapi aku buat tidak hirau,
Tidur makin nyenyak,
Rasa selamat dalam helaan nafas yang kedatangannya aku tahu dari siapa.

" Sayang, abang nak pergi kerja "

Macam biasa,
hantar depan pintu,
Salam tangan itu.


Dan....



Walaupun kebiasaannya begitu,
Tapi hari ini rasa lain,



Satu kucup hinggap di pipi kiri,
Satu lagi di kanan,
Sekejap lagi di dahi,
Tak sampai sesaat bibir dia merogol seluruh muka.
Hampir 2 minit keadaannya begitu,
Rasa macam tak mahu melepaskan,
Tapi terpaksa rela.

Dalam mamai,
Aku rasa bahagia,
Setiap pagi rasa dimanjakan begini,
Dia tak pernah hirau dengan fizikal,
Tahi mata masih ada,
Muka kusut masai,
Mata separuh terbuka,
Rambut tak disikat rapi ~~


Apa lagi yang mampu aku ungkapkan tentang rasa bahagia setelah 6 hari dia tiada disisi.


Terima kasih sayang.


Akhirnya balik dengan tiba - tiba ada depan mata.


Rasa mahu menjerit,
Rasa mahu pengsan.


Sungguh aku rindu dengan kamu yang aku sayang dan cinta.

Thursday, May 16, 2013

♥ 105 th


Masuk hari nie da hampir 5 hari,
Semalam tidur saya bertemankan air mata kerana terlalu rindukan dia,
Dibebani juga dengan rasa bersalah,
Sebab saya selalu buat dia susah hati.

Lagu nie lagu diawal percintaan kami,
Saya sengaja bukak di You Tube,
Senyuman singgah di bibir,
Tapi tak lama selepas itu,
Air mata saya mengalir laju.

Saya rindukan dia,
Macam dia rindukan saya,
Cuma saya menyeksa dia dengan mood saya yang selalu rasa begini.
Kesian dia.

Dan keseluruhan lirik lagu ini malam ini,
Ditujukan untuk dia.




B,


Saya rindu awak,




Lama sangat da awak tinggal saya,

Saya tahu awak pergi sebab tugas,

Tapi saya tak renyah tak de awak dengan saya,

Setiap malam,

Tidur saya tak nyenyak,

Saya kerap terjaga,

Sebab setiap malam sebenarnya tanpa awak sedar,

Awak yang lebih manjakan saya dari saya manjakan awak.


Awak akan tarik tubuh saya pada awak,


dan peluk sekuat yang awak nak.



Sama juga setiap pagi..




Saya rindu bau badan awak.



Saya rindu awak.


Rindu.






Cepat la balik, B....




Cepat la.......