Ada bau yang aku rindu untuk 6 hari terkebelakang dahulu,
Tapi aku buat tidak hirau,
Tidur makin nyenyak,
Rasa selamat dalam helaan nafas yang kedatangannya aku tahu dari siapa.
Rasa selamat dalam helaan nafas yang kedatangannya aku tahu dari siapa.
" Sayang, abang nak pergi kerja "
Macam biasa,
hantar depan pintu,
Salam tangan itu.
Dan....
Walaupun kebiasaannya begitu,
Tapi hari ini rasa lain,
Satu kucup hinggap di pipi kiri,
Satu lagi di kanan,
Sekejap lagi di dahi,
Tak sampai sesaat bibir dia merogol seluruh muka.
Hampir 2 minit keadaannya begitu,
Rasa macam tak mahu melepaskan,
Tapi terpaksa rela.
Dalam mamai,
Aku rasa bahagia,
Setiap pagi rasa dimanjakan begini,
Dia tak pernah hirau dengan fizikal,
Tahi mata masih ada,
Muka kusut masai,
Mata separuh terbuka,
Rambut tak disikat rapi ~~
Apa lagi yang mampu aku ungkapkan tentang rasa bahagia setelah 6 hari dia tiada disisi.
Terima kasih sayang.
Akhirnya balik dengan tiba - tiba ada depan mata.
Rasa mahu menjerit,
Rasa mahu pengsan.
Sungguh aku rindu dengan kamu yang aku sayang dan cinta.