Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

♥ 36th


Dimana pun awak,
Tanpa awak sedar,
Awak tak pernah lekang dari hati,
Mata dan jiwa saya.

Mungkin yer,
Awak tak dapat terima perubahan saya,
Pada awak,
Saya masih perempuan yang dulu,
Tanpa awak sedar,
Saya cuba cari jalan untuk berubah.

Saya tak tipu bila saya kata saya perlukan pertolongan ALLAH untuk saya berubah,
Siapa lagi yang mampu mengubah saya kalau bukan ALLAH.
Tapi,
Kerap kali jugak saya di label,
Saya tak pernah ugut membunuh diri,
Saya tak pernah ugut melakukan pape tindakan atas diri awak dan keluarga,
Saya juga tak pernah mengugut untuk melakukan apa tindakan sekali pun dalam hidup saya,
Tapi,
Kerap kali itu jugak saya di label.

Cinta,
Bila sudah berubah,
Rasanya tidak sama,
Tapi entah kenapa,
Awak terlalu lekat dalam hati dan jiwa saya.

Saya redha atas semua ketentuan.
Selagi saya dibenarkan untuk menjaga awak saya cuba.
Selagi saya diizinkan untuk membelai awak, saya cuba.
Selagi saya diberi nafas untuk menyintai awak, saya cuba.

Air mata yang jatuh bukan kerana saya gila,
Tapi kerana saya terlalu cinta,
terlalu sayang,
terlalu kasih,
Sampai satu tahap,
Saya sendiri tak pasti mana saya letak diri saya,
Kerana sepenuh hidup saya penuh dengan diri awak.

Keep on labelling me as much as you want,
Demi ALLAH,
Saya terima.
Bukan kerana kasih,
Tapi kerana saya tahu,
Sesempurna mana pun saya cuba jadi pada awak,
Awak tetap nampak saya yang buruk.
Sebaik mana pun saya cuba layan awak,
Awak tetap anggap saya yang lama dan tak akan berubah.

Terima kasih sayang.
Inilah HARGA DIRI yang saya perlu bayar kerana semuanya.

Kiss : Si Kudut yang awak terlalu kerap gelar Psycho :")