Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 30, 2012

♥ 38th

ALLAH,
Kisah cinta kami hampir menjangkau tahun ke 4,
Makin hampir akhir tahun,
Makin aku teruja dengan kisah ini.

ALLAH,
Terima Kasih kerana Kau beri diri ku yang sekarang,
Terima Kasih kerana Kau beri diri aku yang begitu tenang sekarang,
Terima Kasih kerana Kau dengar apa yang aku mohon pada mu untuk diri ku.

Sayang,
Semalam awak tanya,
" Dah berapa lama yer kita "
Saya jawab dah 3 tahun 11 bulan. 
Jawapan tepatnya masuk hari ini dah 3 tahun 11 bulan 3 minggu.
Lama kan ??
:")

Macam - macam dah yang kita lalui sama - sama,
Macam - macam dah yang kita telan sama - sama,
Susah awak, susah saya,
Senang saya, senang awak.

Awak tahu tak,
Awak umpama nyawa baru,
Yang saya tatang umpama diri sendiri.
Sakit awak, sakit juga saya,
Derita awak, derita juga saya.
Pedih awak, pedih juga saya.

Sayang,
Keputusan saya itu jitu,
Andai ini takdirnya untuk kita,
Saya korban segala rasa yang ada,
Demi awak tersenyum macam dulu,
Sebab pada saya cuma satu,
Bahagia dan senyum awak adalah bahagia dan senyum saya.

Demi cinta dan ketulusan hati saya. :")

Saya cinta awak, Naz.

Terlalu cinta sehingga saya tak mampu untuk membaiki hati saya demi awak.
Saya janji tak akan menangis depan awak.
Untuk awak tak rasa bersalah pada saya.
Untuk awak sayang dan cinta saya teguh sepertimana saya cintakan awak.


terima kasih hati kerana cintakan saya.
Kalau lah awak tahu betapa besar cinta ini pada awak :")