Kerap sangat jadi begini,
Janji nak bercerita,
Tapi selalu hilang dalam kelam,.
Entah ke mana dalam sesak kerja.
Kali ini menulis dengan rasa bahagia,
Sukarnya nak ungkapkan rasa yang ada,
Aku boleh kata,
ALLAH beri aku dan dia anugerah aku kira.
Ada persamaan yang kami perasan sementelah masuk tahun ke lima bersama,
Ya,
Kami sayangkan budak - budak,
Bukan tahap sayang sebernya,
Tapi lebih pada addicted.
Dan kerana itu la,
Anak - anak yang rapat dengan kami,
Kami selesa di panggil,
Mama dan Mummy.
Tanggal 26 yang dahulu,
Ada cerita yang kami tidak dijangka,
Ada derita yang kami lalui,
Ada tangisan yang kami telan.
Tapi dalam semua itu,
Terselit rasa bahagia dengan kehadiran orang baru ini.
Rutin kehidupan mula berubah,
Kalau dulu tidur di katil hanya berdua,
Kini kalau tak berdua,
Kena tambah lagi satu tilam disebelah,
Tidur juga tidak nyenyak,
Walau terkejut dengan perubahan serta merta,
Apatah lagi dengan kami yang memang sedia ada sibuk,
Makin jadi sibuk.
Kalau dulu bangun pagi terus mandi,
Kini panaskan air untuk si kecik molek ini.
Sayang,
Mummy dan mama mungkin masih terperanjat dengan kehadiran sayang,
Tapi sejujurnya kami bahagia,
Walaupun rutin kami da semakin jauh berbeza dari kami hidup berdua,
Tapi kehadiran sayang memang memenuhi apa yang kami inginkan selama 4 tahun terkebelakang ini.
Terima kasih jadi anak mummy dan mama.
Selagi ada rezeki,
Walaupun tak semewah orang lain,
Tapi kehadiran Iman cukup sudah melengkapkan hati kami berdua.