Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 9, 2013

♥ 114th

" Saya Jay, ye Jay "
" Ermmmm...macam pelik jer, saya baru clash, tetibe ada datang awak. Ada orang suruh ke ? "
" Eh, xde la "


5 tahun dahulu,
3 4 bulan sebelum tarikh ini
Hidup saya agak gelap
Yer la
Baru clash dengan kekasih lama ( Syah selalu cakap saya cinta mati pada budak itu dulu )
Tapi entah kenapa hati saya mudah memberi laluan pada si "Jay" ini
Katanya salah nombor
Tapi pelik juga
Salah nombor ?
Takkan salah nombor pada dua dua nombor saya.

Itu jalan yang buka laluan pada hubungan kami,
Takdir mungkin,
Banyak jalan salah,
Banyak jalan betul,
Banyak jalan songsang,
Jalan gelap,
Memang manusia yang bertangan gemok comel itu la yang melekat dalam laluan hidup saya.

" Awak, orang yang paling banyak tinggalkan kesan dalam hidup pada saya,
Ada dengan saya dengan semua situasi,
Saya sayang awak "

Saya lagi sayang awak,
Bayangkan kawan baik saya kata,
Dia kenal saya 3 tahun,
Perjalanan kisah cinta dia
Dengan kisah cinta saya,
Tak banyak beza.

Kami berdepan dengan pengkhianatan,
Pengorbanan.
1 jiwa,
Mati,
Hidup semula ~~

" 3 tahun, saya dah bertukar dekat 3 kali pasangan, tapi awak masih setia pada dia "

Saya senyum,
Saya susah jatuh cinta,
Kasih saya pada budak "Jay" itu dah jatuh bergedebak gedebuk melantun - lantun masa minggu kedua lagi saya kenal dia.

Saya jatuh hati pada skema dia,
Jantung debar setiap kali jawab "hello"
Saya jatuh sayang bila dia selesa dengan ketawa saya.
Tapi ya,
Jatuh hati pada permulaan itu rupanya mengundang 1 juta keperihan dalam hidup semua.
Ingatkan boleh pergi dari dia.
Rupanya.

Ada 1 yang mengikat kami.
Dan sudahnya,
Apa sahaja yang terjadi dalam lingkungan 5 tahun ini,
Dia tetap,
Satu,
Jitu,
Padu,
Dalam lanar besi di hati saya.

Hati beta,
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke lima,
Aku ini manusia degil,
Manusia baran,
Yang kau terima dalam jiwa dan naluri kau,
Umpama satu resapan nyawa.

Terima kasih jiwa beta,
Jadikan aku, manusia indah dalam singgahsana hati kau.
Terima kasih kerana kau insan yang ajar aku pelbagai rasa tentang hidup,
Pahit manis perit jerih,
Ketawa berdiri baring jatuh bertatih,
Tetap engkau yang pegang bahu
Dan peluk angkat aku.

Cinta hati beta,
Aku sayang kamu,
Sungguh - sungguh dalam hidup aku.

Terima kasih juga,
Cinta aku,
Sayang aku,
Agungkan aku,
Sungguh - sungguh dalam hidup kau.
Aku mohon jaga aku sampai hujung nyawa kau,
Dan supaya kau tidak jemu dengan kisah kasih kita.

Selamat Ulangtahun ke 5, kasih !!



xoxo,
Mummy iman yang kau cinta.

Sunday, December 8, 2013

♥ 113th

Rasa dah berkulat,
Kalau di biar lama agaknya dah berlumut dah bingkisan ini,
:-),
Ye,
Dah melepasi sebulan lebih dari ulangtahun kelahiran kami berdua,
Tapi baru hari ini ada hati nak menulis,
Baru hari ini ada jiwa nak berkongsi.
Tahun ni banyak berbeza dari tahun sebelumnya,
(harapnya tahun hadapan tak macam ni)
Kesibukan membataskan kami dari menyambut/meraikan hari-hari penting,
Kalau tak kerana sibuk kerja,
Sibuk dengan keluarga,
Jika tak,semestinya dengan si kenit.
Mujur kami masih ingat tarikh lahir masing-masing,

Kekasih,
Maafkan saya,
Hanya minyak wangi kegemaran dan porsch bag saja.
Itu pun bagi lewat.
Haish.
Semoga tahun hadapan kita ada masa untuk raikan hari penting,
Supaya tak lupa,
Tak hilangkan manis cinta,
Tak wujud anasir luar.


Monday, November 4, 2013

♥ 112th


Dalam satu rasa yang aku fikir paling tenang dalam jiwa,

Bila saat ini makin hari menjadi saat yang paling bermakna dalam hidup kami.

Sudah 5 bulan,

Tapi rasa baru semalam,

Kami pegang dia yang masa itu masih merah dan halus.

Subhanaallah,

Terima Kasih atas pemberianmu ini,

Jauhkanla kami dari segala macam gangguan

Semoga bahagia ini kekal selamanya untuk kami :)

♥ 111th

Dia ada beritahu aku,

" Saya tak boleh kalau awak jauh dari saya. Jadi, tolong jangan jauh dari saya "

Aku cuba bayang keadaan kami jadi macam one of our friend,

Ada anak,
Terpaksa berpisah.

Walaupun pisahnya berdasarkan kebaikan pada penghujungnya,

Pada aku dan dia,
Memang kami takkan mampu hidup berjauhan.

Setakat aku balik kampung atau dia balik kampung atau kerja luar KL,
Dedua da meroyan.
Iyer la,
Hidup bukan lagi berdua,
Malah bertiga,
Boleh mati kalau salah satu tak ada.

Untuk kawan,
Stay strong ya,
Xpe berpisah untuk hidup bersama pada masa akan datang,
Sambung belajar jer pun,
Yes, it`s hard.
 :")

♥ 110th

Wahai kekasih si nyawa hati,


Jujur dari hati,
Ikhlas dari bibir,

Ingin aku ucap,

Selamat ulang tahun, cinta.

Moga kau baik-baik saja,
Moga kau temui jalan yang bahagia bila bersama aku,
Moga roda kehidupan kau kembali ke atas seperti beberapa tahun yang dahulu.

Aku sayang kau,
Aku cinta kau.

Semoga kesihatan kau sentiasa baik bersama aku yang kau selalu kata cinta

xoxo,
Budak kurus kesayangan awak :)

Sunday, November 3, 2013

♥ 109th

Setelah hampir setahun
Kini kembali
Menjengah Final Piala Malaysia 2013
Ya
Kali ini tengok berdua
Tak macam dulu
:-)
Tahniah Pahang
Setelah sekian lama menanti
Tahniah sayang
Kerana berjaya buat saya yang dah lama lupa bola,makin ingat,makin suka dunia bola.
Tutup mata,
Peluk dia
Nak bisik,
" awak sayang,saya sokong Pahang bukan sebab Wan Zack Haikal.Tapi saya sokong sebab awak buah hati saya"
Mmmmuah

Tuesday, September 10, 2013

♥ 108th

Allahuakhbar,
Allahuakhbar,
Allahuakhbar,

Sudah masuk 3 bulan aku senyap.
Aduhla hai.
Lama sangat kan rumah ini terabai,

Semalam jam menghampiri 2 pagi,
Sementelah si nyawa kami tidur,
Kami berbual setelah bersatu nafas,

" Bila sayang nak update blog ? "

Ada orang rindu rupanya.
Kesian dia,
Setiap hari ke rumah kedua kami ini,
Mengharapkan aku berkongsi cerita macam dulu,
Tapi dia selalu hampa,
Itu yang selalu aku kena panahan sindiran dia.

Ini, syukur aku masih ingat kata laluan dan tak lupa,
Blog lagi satu kalau diibaratkan umpama rumah,
Aku yakin rumah itu berhabuk, bersawang, penuh sarang labah - labah, anai -anai.

Kesibukan yang melampau,
Ya, melampau tersangat,
Menghadkan masa aku untuk menulis seperti dulu.
Berkongsi apa yang ada dalam hari,
Bercerita tentang kami anak beranak.

Alhamdulillah,
Semenjak si kenit hadir dalam hidup kami,
Yakin aku katakan anak kecik ini sudah merubah hampir keseluruhan hidup kami.

Yer la,
Dulu komitmen berdua,
Sekarang bertiga,
Dia mungkin berpuas hati dengan kehadiran si kecil itu,
Tambahan lagi,
Aku menjalankan tanggungjawab as ibu dengan sangat baik,
Bahkan ada masa,
Dia pulak mengomel,
" sayang, manjakan anak je. Abang dah lama sangat tak ada org manjakan "


11 September 2013,
Si kenit sudah 3 bulan lebih,
Sudah ada perangai,
Sudah nampak manja,
Sudah tahu mengada.

Kalau kata paling rapat,
Anis dulu lebih manja dengan mamanya,
Pantang nampak mama,
Ada je onar yang dia buat,
Merengek sana, merengek sini.

Tapi when a time past,
Anis makin manja dengan aku pulak,
Tidur nak dipeluk,
Kena pujuk,
Kalau tak, terjerit - jerit.
Ada saja drama yang dia buat.
Pipi da semakin labuh.

Alhamdulillah,
Mungkin disebabkan kami ini memang jenis penyayang pada budak - budak,
Anis tiada masalah dalam jagaan kami.
Dua - dua tak awkward untuk buat semuanya pada Anis.





Wahai permata hati mummy,

Semoga panjang jodoh sayang dengan mummy,

Semoga kekal cinta dalam jiwa untuk mummy pada sayang,

Semoga ada ruang dalam hati ini memang satu - satunya untuk sayang.

Wahai jantung hati mummy,

Jika satu hari nanti, apabila kau besar,

Kau hilang arah dalam hidup yang penuh dengan muslihat,

Jangan teragak - agak untuk bangun berani menentangnya,

Jangan jatuh dalam melawan kejahatan dunia sana,

Kalau mata mummy awal tertutup untuk lihat sayang berjaya,

Pegang pada kepercayaan hidup yang berpaksikan Al - Quran.

Wahai cinta hati mummy,

Pegang tangan mummy, jangan lupa pelukan mummy yang peluk sayang waktu sayang tidak tahu betapa kejamnya dunia,

Mummy akan bantu sayang,

Membanggakan semua orang 

Beritahu semua orang yang kami berdua tidak pernah silap dalam membelai, menjaga dan memanjakan sayang.

Sayang,

Terima kasih hadir,

Mummy tak punya pengalaman,

Jujur mummy ingat mummy hanya suka dan tak mahu jaga budak - budak,

Tapi bila sayang hadir,

Komitmen mummy berubah.

Terima kasih jadi nyawa mummy.

Mummy love both of you so much

P/S : Suami saya sudah ada anak. Tolong la hormat hubungan yang kami ada. Anis perlukan mummy dan mama yang ada dengan dia semenjak dia lahir lagi. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kamu.