Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 9, 2013

♥ 114th

" Saya Jay, ye Jay "
" Ermmmm...macam pelik jer, saya baru clash, tetibe ada datang awak. Ada orang suruh ke ? "
" Eh, xde la "


5 tahun dahulu,
3 4 bulan sebelum tarikh ini
Hidup saya agak gelap
Yer la
Baru clash dengan kekasih lama ( Syah selalu cakap saya cinta mati pada budak itu dulu )
Tapi entah kenapa hati saya mudah memberi laluan pada si "Jay" ini
Katanya salah nombor
Tapi pelik juga
Salah nombor ?
Takkan salah nombor pada dua dua nombor saya.

Itu jalan yang buka laluan pada hubungan kami,
Takdir mungkin,
Banyak jalan salah,
Banyak jalan betul,
Banyak jalan songsang,
Jalan gelap,
Memang manusia yang bertangan gemok comel itu la yang melekat dalam laluan hidup saya.

" Awak, orang yang paling banyak tinggalkan kesan dalam hidup pada saya,
Ada dengan saya dengan semua situasi,
Saya sayang awak "

Saya lagi sayang awak,
Bayangkan kawan baik saya kata,
Dia kenal saya 3 tahun,
Perjalanan kisah cinta dia
Dengan kisah cinta saya,
Tak banyak beza.

Kami berdepan dengan pengkhianatan,
Pengorbanan.
1 jiwa,
Mati,
Hidup semula ~~

" 3 tahun, saya dah bertukar dekat 3 kali pasangan, tapi awak masih setia pada dia "

Saya senyum,
Saya susah jatuh cinta,
Kasih saya pada budak "Jay" itu dah jatuh bergedebak gedebuk melantun - lantun masa minggu kedua lagi saya kenal dia.

Saya jatuh hati pada skema dia,
Jantung debar setiap kali jawab "hello"
Saya jatuh sayang bila dia selesa dengan ketawa saya.
Tapi ya,
Jatuh hati pada permulaan itu rupanya mengundang 1 juta keperihan dalam hidup semua.
Ingatkan boleh pergi dari dia.
Rupanya.

Ada 1 yang mengikat kami.
Dan sudahnya,
Apa sahaja yang terjadi dalam lingkungan 5 tahun ini,
Dia tetap,
Satu,
Jitu,
Padu,
Dalam lanar besi di hati saya.

Hati beta,
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke lima,
Aku ini manusia degil,
Manusia baran,
Yang kau terima dalam jiwa dan naluri kau,
Umpama satu resapan nyawa.

Terima kasih jiwa beta,
Jadikan aku, manusia indah dalam singgahsana hati kau.
Terima kasih kerana kau insan yang ajar aku pelbagai rasa tentang hidup,
Pahit manis perit jerih,
Ketawa berdiri baring jatuh bertatih,
Tetap engkau yang pegang bahu
Dan peluk angkat aku.

Cinta hati beta,
Aku sayang kamu,
Sungguh - sungguh dalam hidup aku.

Terima kasih juga,
Cinta aku,
Sayang aku,
Agungkan aku,
Sungguh - sungguh dalam hidup kau.
Aku mohon jaga aku sampai hujung nyawa kau,
Dan supaya kau tidak jemu dengan kisah kasih kita.

Selamat Ulangtahun ke 5, kasih !!



xoxo,
Mummy iman yang kau cinta.