Semenjak bekerja terlalu sibuk dan penat nak update blog,
Masa awal - awal masuk kerja hari tu ada juga la masa nak menaip, bercerita,
Tapi bila dah start dapat kerja,
Sibuk dengan training,
Sibuk dengan meeting,
Sibuk dengan itu,
Sibuk dengan ini,
Jadi tiada masa nak update apa - apa.
Saya rindu nak bercerita disini,
Naz pun ada 2 3 kali bertanya,
" Bila sayang nak update blog "
" Ada pape dalam blog terbaru sayang "
Kerap itu juga saya kata,
" Sorry B, Hun sibuk. Tak de masa nak menaip "
Maigadd !!
Saya tak suka melalui hari - hari sibuk sebenarnya,
Satu,
Saya akan penat seharian,
Dua,
Saya tak ada ruang bercerita tentang kami lagi.
Lihat saja hari ini,
Seluruh hari dan minggu sebenarnya penuh dengan training dan meeting,
What a hectic life ??
Naz ??
Naz juga macam tue,
Dia sibuk,
Saya sibuk,
Jumpa di rumah,
Bermanja pun dirumah.
Cuma syukurnya,
Hubungan "balik rumah" kami tak la seteruk dulu,
Memang kalau terlalu penat Naz akan tidur,
Tapi dia akan bangun,
Mandi dan berbual dengan saya sebelum tidur.
Alhamdulillah....
Sekurang - kurang hubungan " balik rumah " tak seteruk dan sekejam dulu.
Terima kasih juga pada Naz,
Sebab sanggup susah payah hantar beramik saya setiap pagi dan setiap petang,
Walaupun ofis dan rumah dekat jer pun sebenarnya,
Setakat jalan kaki pun boleh,
Tapi kalau awak kata awak nak hantar,
Awak hantar juga.
Terima kasih kerana terlalu banyak cara awak tunjukkan untuk pulihkan hubungan yang retak dulu.
Ok la.
Saya minta diri dulu,
Penat sangat.
Naz,
I Love You.