Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, October 4, 2012

♥ 40th

Salamualaik...



" Jangan salahkan cha. Cha cube tarik tangan Bam untuk kita mulakan semuanya yang baru,
tapi apa yang Bam lakukan. Bam ignore kan bile tangan Cha cube tarik Bam "


Nyawa ??


Hurmmmmm...


" Hati saya ini hancur berkecai dibuat kamu - Cha "

Wednesday, October 3, 2012

♥ 39th

Berapa kali dah awak cakap " kita mula semula yer "
Berapa kali dah awak cakap " saya tak memujuk siapa - siapa dah "
Berapa kali dah awak cakap " saya nak awak jer dalam hidup saya "
Berapa kali dah awak cakap " saya tak nak dia, saya nak awak "
Berapa kali dah awak cakap " saya tak boleh hidup tanpa awak "
Berapa kali dah awak cakap " saya tetap nak awak "




Dan




Berapa kali dah AWAK DAN DIA cakap " kami dah tak hubungi masing - masing. Tiada siapa dah tipu awak "




Berapa kali ????



Dan tahukah awak,


Setiap kali awak cakap semua benda tue,


Saya jadi sayu.....


Macam kawan - kawan label saya,

Bodoh,
Bengap,
Cepat sangat memaafkan.

Taw tak, bukan awak saje yang pernah melabel saya

Tapi untuk kali keberapa hal ini awak buat,

Panggilan bodoh dah kerap kali saya terima...

Dan




Saya masih disini, menyintai dan memaafkan bila awak pegang tangan saya.


Kenapa terlalu mementingkan diri dengan rasa bersalah pada dia tapi langsung awak tak terfikir kan saya ??





Saya............Mati............

Sunday, September 30, 2012

♥ 38th

ALLAH,
Kisah cinta kami hampir menjangkau tahun ke 4,
Makin hampir akhir tahun,
Makin aku teruja dengan kisah ini.

ALLAH,
Terima Kasih kerana Kau beri diri ku yang sekarang,
Terima Kasih kerana Kau beri diri aku yang begitu tenang sekarang,
Terima Kasih kerana Kau dengar apa yang aku mohon pada mu untuk diri ku.

Sayang,
Semalam awak tanya,
" Dah berapa lama yer kita "
Saya jawab dah 3 tahun 11 bulan. 
Jawapan tepatnya masuk hari ini dah 3 tahun 11 bulan 3 minggu.
Lama kan ??
:")

Macam - macam dah yang kita lalui sama - sama,
Macam - macam dah yang kita telan sama - sama,
Susah awak, susah saya,
Senang saya, senang awak.

Awak tahu tak,
Awak umpama nyawa baru,
Yang saya tatang umpama diri sendiri.
Sakit awak, sakit juga saya,
Derita awak, derita juga saya.
Pedih awak, pedih juga saya.

Sayang,
Keputusan saya itu jitu,
Andai ini takdirnya untuk kita,
Saya korban segala rasa yang ada,
Demi awak tersenyum macam dulu,
Sebab pada saya cuma satu,
Bahagia dan senyum awak adalah bahagia dan senyum saya.

Demi cinta dan ketulusan hati saya. :")

Saya cinta awak, Naz.

Terlalu cinta sehingga saya tak mampu untuk membaiki hati saya demi awak.
Saya janji tak akan menangis depan awak.
Untuk awak tak rasa bersalah pada saya.
Untuk awak sayang dan cinta saya teguh sepertimana saya cintakan awak.


terima kasih hati kerana cintakan saya.
Kalau lah awak tahu betapa besar cinta ini pada awak :")

Thursday, September 20, 2012

♥ 37th

Harus bagaimana lagi saya lakukan untuk ingatkan kamu yang saya cuba untuk tidak seperti dulu,

:")

Apa sahaja yang saya lakukan kini serba tak kena,
Sayang,
Tahun ini betul2 awak menguji saya.

Atau awak sendiri sudah bosan dengan kehadiran saya.

Semua yang saya lakukan kini nampak canggung di mata awak,
Bertanya khabar,
Awak kata saya curiga,
Tak bertanya khabar,
Awak kata saya membalas dendam.

Balas dendam dengan diri sendiri pun saya tak habis lagi,
Kenapa diuji cinta saya pada awak ?

ALLAH,
Kalau KAU masih membenarkan ikatan ini terjalin,
Satu hari nanti tolong pulangkan Si Sihat saya yang dulu.
Kalau KAU mahu segalanya ditamatkan,
Biarlah kami dipisahkan dengan kasih sayang.

Saya cinta dia.
Sehingga tiada rasa lagi sekarang :")

Kiss : Si Kudut yang kamu panggil Wa.

Wednesday, September 19, 2012

♥ 36th


Dimana pun awak,
Tanpa awak sedar,
Awak tak pernah lekang dari hati,
Mata dan jiwa saya.

Mungkin yer,
Awak tak dapat terima perubahan saya,
Pada awak,
Saya masih perempuan yang dulu,
Tanpa awak sedar,
Saya cuba cari jalan untuk berubah.

Saya tak tipu bila saya kata saya perlukan pertolongan ALLAH untuk saya berubah,
Siapa lagi yang mampu mengubah saya kalau bukan ALLAH.
Tapi,
Kerap kali jugak saya di label,
Saya tak pernah ugut membunuh diri,
Saya tak pernah ugut melakukan pape tindakan atas diri awak dan keluarga,
Saya juga tak pernah mengugut untuk melakukan apa tindakan sekali pun dalam hidup saya,
Tapi,
Kerap kali itu jugak saya di label.

Cinta,
Bila sudah berubah,
Rasanya tidak sama,
Tapi entah kenapa,
Awak terlalu lekat dalam hati dan jiwa saya.

Saya redha atas semua ketentuan.
Selagi saya dibenarkan untuk menjaga awak saya cuba.
Selagi saya diizinkan untuk membelai awak, saya cuba.
Selagi saya diberi nafas untuk menyintai awak, saya cuba.

Air mata yang jatuh bukan kerana saya gila,
Tapi kerana saya terlalu cinta,
terlalu sayang,
terlalu kasih,
Sampai satu tahap,
Saya sendiri tak pasti mana saya letak diri saya,
Kerana sepenuh hidup saya penuh dengan diri awak.

Keep on labelling me as much as you want,
Demi ALLAH,
Saya terima.
Bukan kerana kasih,
Tapi kerana saya tahu,
Sesempurna mana pun saya cuba jadi pada awak,
Awak tetap nampak saya yang buruk.
Sebaik mana pun saya cuba layan awak,
Awak tetap anggap saya yang lama dan tak akan berubah.

Terima kasih sayang.
Inilah HARGA DIRI yang saya perlu bayar kerana semuanya.

Kiss : Si Kudut yang awak terlalu kerap gelar Psycho :")

Tuesday, September 18, 2012

♥ 35th

Maaf kerana sudah lama tidak menjenguk,
Berhabuk mungkin,
Ya.
Tapi bukan melupakan,
Penulisnya masih disini,
Tujuan hati masih disini.

Ada cerita yang ingin dikongsikan,
Tapi mungkin coretan selepas ini hanya tentang rasa hati si penulis,
Tanpa cinta si sihat di sisi.

Oh ya,
Penulis sekarang kerap dilabel,
:)
Mungkin ini dugaan proses perubahan antara fizikal dan dalaman,
Jadi si kurus kerap dilabel dengan perkataan yang tidak menyenangkan.

Bila cinta tiada dalam hati,
Semua jadi berbeza.

Kisah 4 tahun dulu bisa berubah.........................
Dan.... Hanya air mata jadi peneman dalam mengharung kisah duka ini :)

Monday, April 9, 2012

♥ 34th

Permulaan hari pada minggu ini agak meletihkan,
Menyenakkan,
Dan bakal merubah 100 % tentang hubungan saya & si sihat.

Kehilangan abah yang dikasihi agak memeranjatkan dalam keadaan yang sangat tidak disangka,
Si sihat di duga,
Ya,
Di duga sekali lagi.
Sampai satu tahap,
saya sendiri tidak pasti,
Kami diuji atau di beri dugaan,
Atas sebab kami insan yang terpilih yang disayangi ALLAH,
ataupun petunjuk untuk kami kembali kepada fitrah manusia.

Sayu hati bila terjadi kehilangan di depan mata.
Tapi saya selalu berfikir,
ALLAH jadikan segalanya kerana ALLAH sayangkan hambanya,
ALLAH ambil abah dari kami,
Kerana ALLAH sayangkan abah.

Dalam terperanjat,
Sekurang2nya saya redha,
Abah pergi dengan tenang.
Walau saya sekadar anak angkat,
Saya bersyukur ditemukan dengan abah sepanjang hayatnya.
Abah jarang berbual dengan saya,
Saya lebih kerap melepak dengan mak,
Tapi abah rajin ajak saya,
Mintak pertolongan saya,
Bila abah datang ke KL,
Bila kami duduk berbual abah kerap menasihatkan saya,
Lagi - lagi kalau ketiadaan si sihat di sisi.

Pendek kata,
Walau kami jarang berbual,
Saya juga ada momen2 terindah dengan abah sebelum arwah pergi berjumpa pencipta NYA.
Jujurnya sampai sekarang saya masih rasa abah masih ada dengan kami,
Sebabnya kalau waktu siang di rumah,
Abah selalunya tiada,
Pergi ke dialisis,
Ke kebun lar.

:')

Alhamdulillah,
Selepas hampir sebulan,
Adik beradik saya semakin ok,
Mak juga,
Cuma yer lar,
Orang yang dah berpuluh tahun hidup bersama dia,
Susah senang,
Tido sebantal,
Bukan mudah untuk dia menerima semua ini.

Abah,
Kami sentiasa rindukan abah :'')