Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 5, 2012

♥ 58th


Ya Allah, aku mohon kau ampunkan silapku kepadamu,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada ibu bapaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada keluargaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada mereka yang pernah berdamping denganku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada dia yang menyintaiku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada musuh - musuh ku,

Dan akhir sekali,

Aku mohon kau ampunkan silapku kerana sering berlaku kejam pada diri sendiri.


Sedar selepas melakukan kesalahan itu lebih baik daripada tidak ada kesedaran langsung. Setiap orang boleh mendapat peluang kedua dan seterusnya "


Aku ini insan biasa,
Yang sedar akan kekhilafan diri,
Semenjak berlaku beberapa perkara,
Bangun pagi,
Buka mata,
Ada atau tidak dia disisi,
Aku tetap bermohon supaya aku dan dia melalui satu hari yang baik setiap hari

Dan setiap malam,
Sebelum tidur dan pejam mata,
Aku akan bermohon kepada Allah,
Ampunkan salah silapku pada semua yang aku nyatakan diatas.

Mungkin kerana itu,
Walau tak banyak,
Allah memakbulkan doa aku,
Mungkin atas berkat doa ibu mertua ku di tanah suci,

" Mak, jangan lupa ya, doakan sikap panas baran saya pergi "

Aku dapat rasa sedikit perubahan,
Berubah sepenuhnya itu tidak,
Tapi sekurang - kurangnya aku dapat kawal perkataan yang tak elok keluar dari mulut aku,
Bukan mudah nak tukar kebiasaan kan,
Bukan tak terlepas,
Tapi setiap hari aku cuba,
Niat ku hanya dua,

1. Untuk diri sendiri.
2. Memang untuk dia.

Sekarang,
Kalau tercakap perkataan yang bukan - bukan,
Hati rasa tak tenang.

Macam tue jugak kalau aku marah pada orang,
Lepas tue rasa bersalah sendiri.

Aku mohon diberi ketenangan dalam hati,
Dijauhkan aku dari sikap - sikap mazmumah yang bakal merosakkan hati.

Tak nak lagi jadi macam dulu,

Aku hampir kehilangan segalanya.


Sedar akan apa yang aku tiada,
Syukur disedarkan awal.

Mohon doa kalian,
Segalanya masih baru dalam proses pembentukan sahsiah diri,
Demi dia yang aku sayang.


" Kalau Hun boleh berubah, beri peluang pada B juga untuk berubah "


Appreciate those who love you, Help those who need you, Forgive those who hurt you, Forget those who leave you


♥ 57th

Ya Allah,
Aku mohon kau hilangkan ketakutan ini,
Aku mohon kau lenyapkan kesakitan 4 tahun ini,
Aku mohon kau beri diri yang baru,
Aku mohon kau rahmati kehidupannya,
Aku mohon kau lenyapkan juga dendam dalam hati untuk aku hilangkan semua kesakitan ini,


Sesungguhnya sujud dan doa ini hanya untukmu,
Setiap hari aku mohon ini pada mu,
Aku tahu aku kotor,
Tidak layak memohon atau meminta pada mu,
Tapi hanya pada mu aku merayu,
Hilangkan segala keluh kesah dan dendam dalam hati ini,
Semoga aku boleh memaafkan diri sendiri dan memaafkan yang lain.


Tuesday, December 4, 2012

♥ 56th

MAHA ( 2. Disember. 2012 )

Dia : Sayang, kisah ke kalau kita pergi bercuti dengan dia satu family ? Ada anak - anak ?

Saya : Hah, tak, tak jadi masalah apa pun ? Dia kan  kawan baik awak. Dia kenal saya, saya kenal dia, saya kenal isteri dia. Anak dia pun anak angkat kita kan ?

Dia : *peluk pinggang saya* emmmm...terima kasih yer sayang. Tapi untuk anniversary kita, kita tetap naik Cameron juga ya ?

Saya : ......................................

Dia : Jangan lah macam nie sayang. Saya tahu saya dah buat silap. Tapi kali nie saya betul - betul maksudkan apa yang saya kata. Kita naik Cameron, kita hangatkan kembali cinta kita. Saya tahu awak suka kesana dan saya pun nak kesana hanya dengan awak




Kedalam matanya saya renung,

Saya tahu dia rasa bersalah dengan apa yang saya baca,

Bukan setakat sekali dia terangkan pada saya tentang Cameron,

Berbelas kali,

Tapi dek kerana kelukaan,

Saya cuba "blacklist" Cameron dari hati saya.

Lagi pula saya teringat gambar yang saya koyakkan.

Saya renung mata itu demi sebuah ketulusan,

Dan akhirnya....








Hanya anggukan dan senyuman je yang saya beri pada dia. Saya kucup tangan yang memeluk bahu saya.


Terima kasih.


♥ 55th

Semalam saya duduk seorang dirumah dia,
Eh,
Rumah kami,
Dia cukup marah kalau saya kata kepunyaan dia / saya kalau itu hak milik kami bersama sekarang,

" Sayang, bukan rumah awak. Rumah kita "
" Sayang, bukan awak punya. Kita punya."

Seringkali dia cakap begitu,
Hati saya terpujuk.

Mungkin terlalu lama saya tidak duduk seorang di rumah itu,
Jadi terasa kejanggalannya,
Sebenarnya terlalu lama saya keseorangan,
Saya kira selain sibuk bekerja,
Saya juga ditinggalkan kerana dia sedang menghitung hati dengan orang lain,
Jadi sebelum saya tinggalkan rumah itu,
Masa saya lebih banyak dihabiskan bersama anak - anak.

Tapi yang pasti setiap kali pulang,
Walaupun selewat mana pun dia pulang,
Pernah sampai pukul  3 pagi,
Jasad saya tetap dicari untuk dipeluk, dicium, disentuh.

Semalam saya rasa kehilangan,
Kosong,
Walaupun dia pulang untuk satu malam,
Tapi sungguh tetap rasa kekosongan,
Semenjak kami cuba pulihkan hubungan kami,
Dan saya pun masih belum bersedia untuk tinggal tetap dirumah kami,
Ini pertama kali dia keluar dari KL atas urusan kerja.

Dan semalam,
Sebelum dia bertolak,
Saya bersungguh juga untuk mencari dia di Pekeliling,
Hurmmm...
Mungkin hati saya sudah mula terubat dengan kesakitan,
Saya pernah kata,
Saya tak betah jauh dengan dia terlalu lama,
Cumanya untuk pulang ke rumah itu sepenuhnya,
Saya masih perlukan masa dimana saya cukup kuat sekuat - kuatnya.
Masa dimana saya boleh lupakan 100% kesakitan yang saya lalui.



:"(

Monday, December 3, 2012

♥ 54th

Situasi pertama :

Saya : Awak, saya rasa awak kena bagitau PA awak yang kena ada sistem yang teratur nak settlekan gaji pekerja nie. Tengok kan ? Kesian saya dengan awak.

Dia : Hah, yer la... Awak tolong ya bagitau PA saya. 

Saya : Kenapa pulak saya yang kena bagitau dia ?? * senyum *

Dia : Iyer la, saya ada sorang PA... tapi PA tue sombong sikit. Jual mahal. Ajak balik rumah tak nak. Lagi satu cakap ngan dia, saya cinta dia.

Saya : Hahahahaha...ke situh pulak...saya tak bagitau pun yang saya PA awak.

Situasi kedua :

Dia : Awak....

Saya : Ya.

Dia : Awak bagitau dah PA saya tentang pesanan saya tadi ?

Saya : Dah, tapi dia tak jawab pape.

Dia : Oh yer ker ? Bukan orang tua kata kalau senyap tanda setuju ker ?

Saya : *senyum* yer ker, ntah la yer....dia tak kata apa, senyum jer.

Dia : Hahahaha...betul la...kalau senyum tue maknanya dia nak saya jugak.

Saya : Huh !! perasan !!

Situasi ketiga :

Dia : Saya telefon nie nak cakap something ?

Saya : hmmmm...apa dia ?

Dia : Saya nak curi.

Saya : Curi apa ??

Dia : Curi hati awak la... Hahahahaha...

Saya : Oh ok... Tapi kena bersaing la.

Dia : Hah, bersaing ????!!! Bersaing dengan siapa pulak ??

Saya : Bersaing dengan ketakutan saya.

Dia : Hmmmm...saya lebih rela bersaing dengan orang lain dari bersaing dengan ketakutan awak. Bersaing dengan ketakutan awak buat saya jadi takut. Takut kalau saya tak dapat miliki awak.





Terima kasih,

4 lagu ini la yang selalu menyembuhkan saya,

4 lagu ini juga yang membuatkan cinta saya pada awak semakin hari semakin bercambah satu waktu dulu.

" Lagu tue hanya untuk awak jer sayang :), hanya awak "

♥ 53th


" Pertama kali saya dengar lagu ni, saya tengah kira gaji staff,

hmmm...entah la...

tapi saya rasa lagu nie kena sangat pada kita,

ulang - ulang saya dengar dan saya menangis "

Ku coba ungkap tabir ini
Kisah antara kau dan aku
Terpisahkan oleh ruang dan waktu
Menyudutkanmu meninggalkanku

Ku merasa tlah kehilangan
Cintamu yang tlah lama hilang
Kau pergi jauh karena salahku
Yang tak pernah menganggap kamu ada

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Takkan ku sia-siakan kamu lagi

Asmara memisahkan kita
Mengingatkanku pada dirimu
Gelora mengingatkanku
Bahwa cintamu tlah merasuk jantungku

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila
Seandainya kamu bisa
Mengulang kembali lagi cinta kita

Sejujurnya ku tak bisa
Hidup tanpa ada kamu aku gila

Takkan ku sia-siakan kamu lagi. (2x)

Sunday, December 2, 2012

♥ 52th


" Saya bukan mencari awak kerana kebiasaan. Tapi sebab memang saya tak boleh hidup awak tiada. Terpulang pada awak nak memperlekehkan kenyataan saya ini / percaya dengan semua benda yang awak baca dari mana - mana. Tapi saya memang benar - benar nak berubah dan kembalikan cinta kita macam dulu.

Awak cinta & nyawa saya, Hun !! "

Keras ya keras,

Berpuluh kali juga dia meminta maaf secara tiba - tiba bila kami on call,

" Saya tahu saya dah banyak buat salah pada awak. Saya sedar yang sebenarnya saya tak layak untuk awak. Tapi antara awak percaya / tak, saya tak nak kehilangan awak lagi. Sakit dan perit hilang awak. Yer Hun, awak dah berubah jadi beri peluang pada saya untuk berubah. "


" Hun, saya tak kisah awak gilakan pemain bola ker, artis ker, apa ker, asalkan awak jangan gilakan orang lain. Awak hak saya, Hun !! "


" Hati b betul - betul dah tak de orang lain lagi sekarang, Hun. B dah terlalu sakit dengan kebodohan diri sendiri. Hilang Hun pun belum terubat lagi sakitnya "







Sayang,
Saya nampak kesungguhan awak,
Saya juga tahu kesakitan awak bila saya pergi,
Maafkan saya,
Saya betul - betul nakkan awak bahagia,
Tapi bila awak cakap,
" Awak la bahagia saya, Hun "

Saya terkedu.

Betul kot,

Saya perlu buang dendam dalam hati,
Untuk saya mudah memaafkan semua kesilapan orang dan kesilapan diri saya sendiri.

Saya tak mahu awak berusaha sendiri untuk hubungan kita,
Saya janji kita akan berusaha bersama - sama.

Terima kasih kerana terjaga malam,
Semata - mata saya mohon untuk tukar tempat tidur,
Awak beria mintak maaf malam itu,

:),

Bukan salah awak sayang,
Saya yang terjaga tiba - tiba sebab mimpi yang menakutkan,
Masa awak tarik saya dalam pelukan awak,
Awak rasakan badan saya menggigil,

Awak kata saya terlalu fikir,
Ya, mungkin.
Mungkin sebab itu tidur saya tidak lena,

Dan terima kasih sebab awak tidurkan saya dengan pelukan yang saya rasakan cukup selamat,

Pelukan pertama yang membuatkan saya jatuh cinta pada awak 4 tahun dulu,

Dan saya rasa kembali pelukan itu malam itu.

" Tidur yer sayang, biar saya peluk "

Dan saya lena dalam pelukan awak seerat - eratnya.

Thanks