Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 4, 2012

♥ 56th

MAHA ( 2. Disember. 2012 )

Dia : Sayang, kisah ke kalau kita pergi bercuti dengan dia satu family ? Ada anak - anak ?

Saya : Hah, tak, tak jadi masalah apa pun ? Dia kan  kawan baik awak. Dia kenal saya, saya kenal dia, saya kenal isteri dia. Anak dia pun anak angkat kita kan ?

Dia : *peluk pinggang saya* emmmm...terima kasih yer sayang. Tapi untuk anniversary kita, kita tetap naik Cameron juga ya ?

Saya : ......................................

Dia : Jangan lah macam nie sayang. Saya tahu saya dah buat silap. Tapi kali nie saya betul - betul maksudkan apa yang saya kata. Kita naik Cameron, kita hangatkan kembali cinta kita. Saya tahu awak suka kesana dan saya pun nak kesana hanya dengan awak




Kedalam matanya saya renung,

Saya tahu dia rasa bersalah dengan apa yang saya baca,

Bukan setakat sekali dia terangkan pada saya tentang Cameron,

Berbelas kali,

Tapi dek kerana kelukaan,

Saya cuba "blacklist" Cameron dari hati saya.

Lagi pula saya teringat gambar yang saya koyakkan.

Saya renung mata itu demi sebuah ketulusan,

Dan akhirnya....








Hanya anggukan dan senyuman je yang saya beri pada dia. Saya kucup tangan yang memeluk bahu saya.


Terima kasih.