Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 4, 2012

♥ 55th

Semalam saya duduk seorang dirumah dia,
Eh,
Rumah kami,
Dia cukup marah kalau saya kata kepunyaan dia / saya kalau itu hak milik kami bersama sekarang,

" Sayang, bukan rumah awak. Rumah kita "
" Sayang, bukan awak punya. Kita punya."

Seringkali dia cakap begitu,
Hati saya terpujuk.

Mungkin terlalu lama saya tidak duduk seorang di rumah itu,
Jadi terasa kejanggalannya,
Sebenarnya terlalu lama saya keseorangan,
Saya kira selain sibuk bekerja,
Saya juga ditinggalkan kerana dia sedang menghitung hati dengan orang lain,
Jadi sebelum saya tinggalkan rumah itu,
Masa saya lebih banyak dihabiskan bersama anak - anak.

Tapi yang pasti setiap kali pulang,
Walaupun selewat mana pun dia pulang,
Pernah sampai pukul  3 pagi,
Jasad saya tetap dicari untuk dipeluk, dicium, disentuh.

Semalam saya rasa kehilangan,
Kosong,
Walaupun dia pulang untuk satu malam,
Tapi sungguh tetap rasa kekosongan,
Semenjak kami cuba pulihkan hubungan kami,
Dan saya pun masih belum bersedia untuk tinggal tetap dirumah kami,
Ini pertama kali dia keluar dari KL atas urusan kerja.

Dan semalam,
Sebelum dia bertolak,
Saya bersungguh juga untuk mencari dia di Pekeliling,
Hurmmm...
Mungkin hati saya sudah mula terubat dengan kesakitan,
Saya pernah kata,
Saya tak betah jauh dengan dia terlalu lama,
Cumanya untuk pulang ke rumah itu sepenuhnya,
Saya masih perlukan masa dimana saya cukup kuat sekuat - kuatnya.
Masa dimana saya boleh lupakan 100% kesakitan yang saya lalui.



:"(