Ya Allah, aku mohon kau ampunkan silapku kepadamu,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada ibu bapaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada keluargaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada mereka yang pernah berdamping denganku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada dia yang menyintaiku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada musuh - musuh ku,
Dan akhir sekali,
Aku mohon kau ampunkan silapku kerana sering berlaku kejam pada diri sendiri.
" Sedar selepas melakukan kesalahan itu lebih baik daripada tidak ada kesedaran langsung. Setiap orang boleh mendapat peluang kedua dan seterusnya "
Aku ini insan biasa,
Yang sedar akan kekhilafan diri,
Semenjak berlaku beberapa perkara,
Bangun pagi,
Buka mata,
Ada atau tidak dia disisi,
Aku tetap bermohon supaya aku dan dia melalui satu hari yang baik setiap hari
Dan setiap malam,
Sebelum tidur dan pejam mata,
Aku akan bermohon kepada Allah,
Ampunkan salah silapku pada semua yang aku nyatakan diatas.
Mungkin kerana itu,
Walau tak banyak,
Allah memakbulkan doa aku,
Mungkin atas berkat doa ibu mertua ku di tanah suci,
" Mak, jangan lupa ya, doakan sikap panas baran saya pergi "
Aku dapat rasa sedikit perubahan,
Berubah sepenuhnya itu tidak,
Tapi sekurang - kurangnya aku dapat kawal perkataan yang tak elok keluar dari mulut aku,
Bukan mudah nak tukar kebiasaan kan,
Bukan tak terlepas,
Tapi setiap hari aku cuba,
Niat ku hanya dua,
1. Untuk diri sendiri.
2. Memang untuk dia.
Sekarang,
Kalau tercakap perkataan yang bukan - bukan,
Hati rasa tak tenang.
Macam tue jugak kalau aku marah pada orang,
Lepas tue rasa bersalah sendiri.
Aku mohon diberi ketenangan dalam hati,
Dijauhkan aku dari sikap - sikap mazmumah yang bakal merosakkan hati.
Tak nak lagi jadi macam dulu,
Aku hampir kehilangan segalanya.
Sedar akan apa yang aku tiada,
Syukur disedarkan awal.
Mohon doa kalian,
Segalanya masih baru dalam proses pembentukan sahsiah diri,
Demi dia yang aku sayang.
" Kalau Hun boleh berubah, beri peluang pada B juga untuk berubah "
Appreciate those who love you, Help those who need you, Forgive those who hurt you, Forget those who leave you