Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, February 28, 2013

♥ 101th






Engkaulah Temanku  
Tempatku Mengadu  
Tika Tawa Pilu
 Tetap Bersamaku.

Teman Yang Ku Kasih
  Akan Ku Hargai
Hingga Akhir Nanti Kan Kekal Abadi..

Ku Pinta Oh Tuhan  
Agar Berpanjangan  
Sebuah Persahabatan Penuh Keikhlasan..


Teman Yang Ku Kasih - Azharina Azhar


28. Februari. 2013 ( 7.44 PM )

Naz : Sayang, dekat mana tue ?
Saya : Dekat ofis lagi, B.
Naz : Eh, dekat ofis lagi. Ok tak tue ?
Saya : Hmm... ok jer... Nak buat macam mana kan.
Naz : Ok la kalau macam tue, abang hantar pekerja abang balik dulu. Selalunya Mahameru ke tempat dia jammed, apa - apa nanti abang bagitahu sayang yer.
Saya : Yer, ok B... xpe...

Perbualan tamat.

Yes, sehari ke sehari...semenjak saya bekerja, dan memang fully kenal waktu sibuk, memang mencari masa yang sesuai untuk menulis tentang kami di rumah kedua ini. Tapi dalam mencuri masa, ada pula yang mencuri masa saya untuk hal lain. Kerja dan documentation yang berlambak buat saya rasa,

" Haish, rindunya pada blog "

Bukan sekali dua Naz bertanya, kenapa dah jarang update itu ini ? Saya cakap pada dia, bukak blog pun susah inikan nak update dan letak gambar semua. Saya tak tipu nak katakan yang saya sangat sibuk. Saya tahu Naz pun cuba faham, saya letih ( walaupun rumah di belakang ofis saje, tapi bila kerja berkaitan otak, sumpah letihnya sama dengan kerja yang menggunakan tenaga ). Tak larat nak masak, jadi dia jarang membebel. Rumah lagi la tak usah cakap. Sungguh saya rindu masa menulis.

Sayang, saya akan menulis kalau ada masanya. Jangan merajuk yer. I love you forever. 

Sunday, February 10, 2013

♥ 100th


112 mukasurat,
Pembacaan dengan 1 jiwa,
Bertempik emosi.

Mungkin agak terlewat merogol isinya,
Tapi sumpah demi ALLAH,
Rasanya dikisar sempurna dalam hati.

Ada duka,
Ada luka,
Ada senyum sumbing dari tepi bibir,
Ada rasa sentap dalam hati,
" Cilaka betul, kenapa kena dengan aku ni "
Ada juga certain part yang buat air mata saya menitis sendiri.

Kitab ini bukan la novel,
Skuadnya mengajar definisi cinta yang infiniti,
Sebelum ini ada yang cadang,
Terfaktab mengajar kita bercinta.

Perkenalan dengan terfaktab lewat dilaman twitter,
Hasil cadangan seorang teman rapat yang kini umpama musuh resmi,
Katanya terfaktab ini perit jika terkena dengan halnya,
Sweet bila bergelumang dengan ceritanya,
Memang betul.

Kalau boleh saya tabik spring pada Skuad ini,
Saya akan lakukan,
Terfaktab mengajar sempurna tentang cinta,
Apa itu cinta ?
Bagaimana rasa cinta ?
Kenapa cinta boleh jadi bunga dan rama - rama ?
Dan mengapa cinta itu boleh jadi bencana tiba - tiba ?
Benarkah dia orang yang kita cinta ?

Sekarang sedang menyusuri masa kedua untuk Nakal Tapi Halal.

P/S : I`m missing her right now...miss u so much, B. :"(

Wednesday, February 6, 2013

♥ 99th

Semenjak bekerja terlalu sibuk dan penat nak update blog,
Masa awal - awal masuk kerja hari tu ada juga la masa nak menaip, bercerita,
Tapi bila dah start dapat kerja,
Sibuk dengan training,
Sibuk dengan meeting,
Sibuk dengan itu,
Sibuk dengan ini,
Jadi tiada masa nak update apa - apa.

Saya rindu nak bercerita disini,
Naz pun ada 2 3 kali bertanya,
" Bila sayang nak update blog "
" Ada pape dalam blog terbaru sayang "
Kerap itu juga saya kata,
" Sorry B, Hun sibuk. Tak de masa nak menaip "

 Maigadd !!
Saya tak suka melalui hari - hari sibuk sebenarnya,
Satu,
Saya akan penat seharian,
Dua,
Saya tak ada ruang bercerita tentang kami lagi.

Lihat saja hari ini,
Seluruh hari dan minggu sebenarnya penuh dengan training dan meeting,
What a hectic life ??

Naz ??
Naz juga macam tue,
Dia sibuk,
Saya sibuk,
Jumpa di rumah,
Bermanja pun dirumah.

Cuma syukurnya,
Hubungan "balik rumah" kami tak la seteruk dulu,
Memang kalau terlalu penat Naz akan tidur,
Tapi dia akan bangun,
Mandi dan berbual dengan saya sebelum tidur.
Alhamdulillah....
Sekurang - kurang hubungan " balik rumah " tak seteruk dan sekejam dulu.

Terima kasih juga pada Naz,
Sebab sanggup susah payah hantar beramik saya setiap pagi dan setiap petang,
Walaupun ofis dan rumah dekat jer pun sebenarnya,
Setakat jalan kaki pun boleh,
Tapi kalau awak kata awak nak hantar,
Awak hantar juga.
Terima kasih kerana terlalu banyak cara awak tunjukkan untuk pulihkan hubungan yang retak dulu.

Ok la.
Saya minta diri dulu,
Penat sangat.

Naz,
I Love You.

Monday, January 28, 2013

♥ 98th

Saya : B, jumaat nie Hun balik Johor yer ?
Naz : .........( tutup mata )
Saya : Ermmm, jumaat nie kan cuti hari wilayah. Nanti next week cuti raya cina, tak balik da Johor sebab nak ikut mak pahang p bercuti.
Naz : ................

Selepas dia mandi, bersiap nak kerja, sambil breakfast

Naz : Sayang balik Johor cuti raya cina jer la yer. Tapi dengan syarat minggu lepas tue, hari isnin amik cuti, kita ikut mak pegi bercuti.
Saya : *teruja* Betul nie boleh balik raya cina ??? Betul eh ?? 
Naz : Hmmmmm...
Saya : Betul eh ?? Cuti raya cina lama taw sampai selasa.
Naz : *buatmuka* Hmmmm... Lama la pulak.

See, saya dah agak dah. Naz memang bermasalah memberi "cuti" pada saya. Tengok la raya cina nanti, cerita saya tentang si sihat ni apa pula. Ada la ragam yang dia akan buat nanti. Confirm

Tuesday, January 22, 2013

♥ 97th



Semoga semuanya baik - baik sahaja,
Dalam 'ikhlas' menjadi pemaaf dan menghilangkan dendam itu adalah berat
Tetapi, itulah yang akan 'meringankan' jiwa kita...

Sunday, January 20, 2013

♥ 96th

1.23 am,
21. January. 2013.

Penat sangat sebenarnya,
Tapi kena gigihkan juga selesaikan perkara yang masih belum diselesaikan,
Naz dah selamat sampai ke tempat yang dituju mungkin,
:),
Mimpi maksud saya.

Hujung minggu yang sangat mengujakan.
Saya lupa bila kali terakhir Naz jejak kaki ke rumah Johor,
Tapi walaupun sehari,
Kehadiran dia begitu menggembirakan mak abah saya.

Saya terfikir sesuatu,
Patutlah masa saya tinggalkan Naz dulu,
Dia ada kata,

" Macam mana la saya nak mendepani awak sebagai adik angkat saya dan hanya sebahagian dari keluarga saya, bukan isteri dan kehidupan saya "

Ya,
Setelah dia kembali ke rumah mak abah saya,
Saya terfikir,
Bagaimana keadaan kami jika ianya hanya berlandaskan adik beradik angkat sahaja,
Mungkin kesakitan itu lagi perit,

Setiap hari Naz mengajar saya tentang betapa kita perlu hargai apa yang ada di depan mata tanpa dia sedar,
Yes,
Hubungan... Relationship...Ikatan hati...
Kalau dia kata kehadiran saya adalah kebiasaan,
Saya tak boleh salahkan dia,
Semenjak dia hilang Kak Mas, 
Buat perangai dengan Eny,
Sehinggalah saya tahu perhubungan dia dengan Kak Eny,
Muka inilah yang dia hadap sepanjang tutup mata & buka mata dia.
Tangan ini lah yang dia pegang saat kejatuhan dia yang jitu sehinggalah dia bangun sepertimana sekarang.

Nafikan atau tidak,
Memang ada dia pada saya,
Dan ada saya pada dia,
Jadi tidak hairan kalau apa yang dia lakukan pada sesiapa sebiji / serupa 100% dengan apa yang dia lakukan pada saya.

Bangun pagi setiap hari,
Setiap kali menghadap si Pencipta Alam,
Saya memohon ampun setulus - tulus naluri seorang manusia,
Saya tahu hubungan saya dan dia dilaknat ALLAH,
Kami sendiri tidak pernah berbincang tentang perubahan,
Dan saya memang dari dahulu mengabdikan diri menyayangi dan menyintai dia.
Saya mengharap ada sesuatu untuk kami di alam sana walaupun mustahil,
Tapi bagaimana mampu saya katakan,
Sukarnya mendepani kehilangan.

Kenapa saya kembali pada dia ?
Kerana saya dah tak sanggup melihat air mata dia jatuh untuk saya,
Dah tak larat melihat dia menyeksa diri menghisap rokok walhal dia tahu rokok itu musuh utama pada si asthma,
Saya akan salahkan diri saya 100% jika dia menjadi perokok tegar.
Dan selebihnya,
Kerana saya sedar,
Dia sebenarnya tidak mampu hilang saya.
Dia pernah mencuba setengah tahun yang lalu,
Tapi dia gagal.

Untuk Naz,
Terima kasih kerana awak berusaha sehabis baik untuk pastikan diri awak yang saya cinta kembali pada saya,
Walaupun terkantoi juga kadang - kadang dalam melayan karenah saya,
Tapi awak cuba menjadi yang terbaik.
Saya mengharapkan kita kembali pada dulu,
Biarla siapa pun yang nak / tunggu saya sekarang,
dan biarlah siapa pun yang benci pada kita sekarang,
Awak tetap pada saya,
Terima kasih.

:")

Friday, January 18, 2013

♥ 95th



Mengikut sang hati outstation,
Memang dah lame saya tak buat,
Dulu bukan sekali dua,
Tapi berkali - kali,
Sekarang memulakan semula routine itu,
We will do anything untuk "kami" kembali bercinta & avoid sehabis boleh orang luar untuk ganggu hubungan kami macam sebelum ini,
Dan selepas ini,
Sang hati nak mengadap ibu mertua & bapa mertua pula.

Published with Blogger-droid v2.0.10