Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, January 20, 2013

♥ 96th

1.23 am,
21. January. 2013.

Penat sangat sebenarnya,
Tapi kena gigihkan juga selesaikan perkara yang masih belum diselesaikan,
Naz dah selamat sampai ke tempat yang dituju mungkin,
:),
Mimpi maksud saya.

Hujung minggu yang sangat mengujakan.
Saya lupa bila kali terakhir Naz jejak kaki ke rumah Johor,
Tapi walaupun sehari,
Kehadiran dia begitu menggembirakan mak abah saya.

Saya terfikir sesuatu,
Patutlah masa saya tinggalkan Naz dulu,
Dia ada kata,

" Macam mana la saya nak mendepani awak sebagai adik angkat saya dan hanya sebahagian dari keluarga saya, bukan isteri dan kehidupan saya "

Ya,
Setelah dia kembali ke rumah mak abah saya,
Saya terfikir,
Bagaimana keadaan kami jika ianya hanya berlandaskan adik beradik angkat sahaja,
Mungkin kesakitan itu lagi perit,

Setiap hari Naz mengajar saya tentang betapa kita perlu hargai apa yang ada di depan mata tanpa dia sedar,
Yes,
Hubungan... Relationship...Ikatan hati...
Kalau dia kata kehadiran saya adalah kebiasaan,
Saya tak boleh salahkan dia,
Semenjak dia hilang Kak Mas, 
Buat perangai dengan Eny,
Sehinggalah saya tahu perhubungan dia dengan Kak Eny,
Muka inilah yang dia hadap sepanjang tutup mata & buka mata dia.
Tangan ini lah yang dia pegang saat kejatuhan dia yang jitu sehinggalah dia bangun sepertimana sekarang.

Nafikan atau tidak,
Memang ada dia pada saya,
Dan ada saya pada dia,
Jadi tidak hairan kalau apa yang dia lakukan pada sesiapa sebiji / serupa 100% dengan apa yang dia lakukan pada saya.

Bangun pagi setiap hari,
Setiap kali menghadap si Pencipta Alam,
Saya memohon ampun setulus - tulus naluri seorang manusia,
Saya tahu hubungan saya dan dia dilaknat ALLAH,
Kami sendiri tidak pernah berbincang tentang perubahan,
Dan saya memang dari dahulu mengabdikan diri menyayangi dan menyintai dia.
Saya mengharap ada sesuatu untuk kami di alam sana walaupun mustahil,
Tapi bagaimana mampu saya katakan,
Sukarnya mendepani kehilangan.

Kenapa saya kembali pada dia ?
Kerana saya dah tak sanggup melihat air mata dia jatuh untuk saya,
Dah tak larat melihat dia menyeksa diri menghisap rokok walhal dia tahu rokok itu musuh utama pada si asthma,
Saya akan salahkan diri saya 100% jika dia menjadi perokok tegar.
Dan selebihnya,
Kerana saya sedar,
Dia sebenarnya tidak mampu hilang saya.
Dia pernah mencuba setengah tahun yang lalu,
Tapi dia gagal.

Untuk Naz,
Terima kasih kerana awak berusaha sehabis baik untuk pastikan diri awak yang saya cinta kembali pada saya,
Walaupun terkantoi juga kadang - kadang dalam melayan karenah saya,
Tapi awak cuba menjadi yang terbaik.
Saya mengharapkan kita kembali pada dulu,
Biarla siapa pun yang nak / tunggu saya sekarang,
dan biarlah siapa pun yang benci pada kita sekarang,
Awak tetap pada saya,
Terima kasih.

:")