Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, December 11, 2012

♥ 64th

Lately nie kesihatan sangat tak mengizinkan,
Sejak dari hari jumaat hari tue lagi,
Hari jumaat hari tue sakit dada mencucuk - cucuk,
Bila mengadu,
B akan kata,

" Cuba jangan fikir banyak sangat, hun. Nanti lagi sakit dada tue. B dengan Hun jer nie. "

Ok,

cuba untuk tak fikir.

Tapi,

Menjelang hari sabtu,
Keadaan makin tak ok,

Hari ahad,
Totally tak ok dah la demam lepas tue period pulak,
So bertambah tak ok bila sepanjang perjalanan ke stadium hujan,
Di stadium hujan,
Jadi berendam air hujan.

Konklusinya hari nie,
Bangun pagi tadi lagi dah rasa tak sedap badan,
Gigihkan juga bangun dan pergi kerja sebab ada hal yang nak diselesaikan.

Dan balik kerja tadi totally out,
B call suruh mandi - mandi sebab nak tengok anak di Rawang,

" Hmmm...xlarat B. Dah setengah jam duduk dalam bilik air. Menggigil badan nak mandi "


Dan sudahnya,


.
.
.
.
.
.
.
.
.

B yang mandikan saya. 

Terima kasih yer sayang,
Saya jarang meminta perhatian awak macam mana awak meminta perhatian saya,
Tapi sejujurnya saya sungguh tak larat,
Balik kerja semalam saya dah tak fikir apa dah,
Tengok pula awak masih lambat nak sampai dekat rumah,
Apa lagi lepas bagi anak - anak makan,
Saya terus berkelubung dalam selimut.

Terima kasih sayang,
Sebab saya rasa makin selamat dengan awak sepertimana waktu dulu.
Saya rasa awak makin kembali pada saya,
Inilah awak yang terlalu cintakan saya satu waktu dulu.

Dan terima kasih,
Sepanjang malam awak hiburkan saya dengan nyanyian awak,
Semua lagu percintaan kita awak nyanyikan,
Untuk kesekian kali Sedetik Lebih, Tercipta Untukku dan Harga Diriku menari atas bibir awak.

Dan...



Hey,
Awak tak salah lirik.


Demam saya sedikit terubat dengan jagaan awak yang memang saya rindukan sejak dulu,
Demam saya sangat terubat dengan pelukan, sentuhan dan ciuman awak setiap malam,

Saya kena mengaku yang suami saya yang dulu saya fikir sudah hilang,
Kini KEMBALI PULANG dengan cintanya yang tak berbelah bagi untuk saya.

Thanks B.


Monday, December 10, 2012

♥ 63th

Yer, 10. December. 2012 datang juga,
Alhamdulillah,
Ulangtahun percintaan / perkahwinan yang ke 4 tahun,
Tak sangka kan ?
Hubungan yang saya kira terlalu banyak cabaran,
Selalu diuji dengan kesetiaan, ketulusan, kepercayaan.
 
Betul B kata,
" Hubungan kita berdua sebenarnya terlalu banyak cabaran kan sayang "
 
Sebulan menghampiri 10. December tahun ini,
Saya fikir saya takkan berjumpa dengan tarikh ini,
Dengan ucapan tulus cinta dari B,
Tapi rupa - rupanya.... :")
 

Frankly speaking, 
Aku rasa selepas tsunami yang melanda hubungan kami kira - kira 7 bulan kebelakangan ini,
Piala AFF Suzuki Cup 2012 yang membawa saya kembali pada dia.

1, Malaysia VS Indonesia
Itu kali pertama B ajak saya tengok bola selepas kami bermasalah,
Sebenarnya sejujurnya saya setuju " date " dengan dia masa tue bukan untuk apa,
Tapi lebih pada saya nak lepaskan tension.
Tapi entah ya,
Game tue umpama menyatukan kami,
Hati kembali rapat dengan dia.
 
2, Malaysia VS Thailand
Alhamdulillah, selepas game ini hubungan kami semakin pulih,
Nak kata sangat pulih tidak jugak,
Sebab masih ada badai kecil yang mengganggu,
Tapi dek mungkin kerana minat dan semangat kami yang membara,
B sakit kaki,
Dan saya dengan demam,
Dan demi memperbaiki hubungan,
Demi semangat cintakan harimau malaya,
Kami gigihkan juga.
 
Dan malam tadi,
Saya tarik tangan dia,
Salam dan cium seperti selalu,
Sebak sebenarnya,
Saya memang tak mengharapkan candle light dinner,
Tak mengharapkan kad - kad hasil lukisan dia seperti selalu,
Tapi dalam hati cuma berharap,
" Terlalu banyak dugaan hubungan kami, kalau dia masih diberi peluang untuk menjadi hak saya dan saya kepunyaan dia, kekalkan la hati kami "

Dia tarik saya dalam pelukan,
Tenang,
Dia kucup dahi dan bibir,
" Terima kasih kerana selalu memaafkan kesilapan B pada hubungan kita. B takkan mampu hilang Hun. B nak Hun seorang dan Hun seorang saja suri hati B "

Sungguh saya terharu.
Dan pagi tadi sebelum saya hantar dia pergi kerja,
Dia ucap sekali lagi " happy anniversary " bersama pelukan,
Untuk kesekian kalinya,

" Terima kasih Hun. Sungguh saya sayang dan cintakan awak "

 
B,
Maafkan saya kalau masih takut dengan perkara lampau,
Maafkan saya kerana pernah hilang dari kehidupan mu,
Maafkan saya kerana masih lagi trauma & paranoid pada perkara dulu,
 
Tapi setulusnya,
Saya masih disini seperti dahulu,
Menyintai, mengasihi dan menyayangi awak lebih dari apa yang saya ada di dunia ini,
Awak masih keutamaan saya,
Awak la segala - galanya untuk saya.
 
Terima kasih untuk 4 tahun ini,
Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap minit,
Saya kira sebagai suatu pelajaran dalam hidup saya yang B ajar.
Tak pernah terkurang.
B insan yang 4 tahun dulu mengejar saya,
B insan yang mempertahankan maruah saya sekukuh - kukuhnya bila musuh kita mengata saya,
B rela diperkotak katikkan oleh mereka semata - mata mempertahankan dan memperjuangkan hak saya,
B juga insan yang mentransformasikan diri saya dari si manja kepada si matang,
Si yang bergantung harap kepada seorang yang sangat independent,
Saya ingat lagi,
B pernah kata B bangga punya pasangan yang sangat independent macam saya.
 
Dan tahun ini,
B mentransformasikan diri saya
dari Si Panas Baran kepada manusia yang sangat - sangat tenang.
 
Terima kasih B,
Terlalu banyak,
Beratus mungkin,
Atau beribu yang saya cuba terapkan dalam hati tentang kebaikan B,
Dan kesungguhan B kali ini,
Untuk mempertahankan hubungan kita,
Sampai sanggup cuba ubah perangai - perangai buruk B,
Buat hati saya makin dekat dengan B.
 
" B percaya pada satu benda, kalau betul Hun jodoh B. Jauh mana Hun pergi, Hun tetap datang balik pada B. "

Terima kasih juga kerana setiap hari cuba menghilangkan ketakutan ini pada diri saya.
B,
4 tahun ini,
Awak la suami,
Awak la hati,
Awak la naluri,
Awak la sahabat,
Awak la musuh,
Awak la bapa,
Awak la ibu,
Kepada saya.
 
Dan
 
Terima kasih,
 
Untuk kesekian kalinya,
 
B kembali panggil saya, nyawa B.
 
Terkedu.
Terdiam.
 
Thanks B.
 
HAPPY ANNIVERSARY FOR 4 YEARS, HEART. THANK YOU SO MUCH FOR BEING MY HUBBY.

Friday, December 7, 2012

♥ 62th

Dinner ( 07. December. 2012 )

Dia : Hun, bolehke kita amik anak nie ? Tak tahu pulak nak belikan dia baju sekolah bila.

Saya : La, amik jer la.

Dia : Habis tue anak bujang tue nanti nak tido mana ? Abang tak rasa dia berani tido sorang.

Saya : Hah, sejak bila Hun kata Hun nak biarkan dia tido sorang. Tido jer la dengan dia dekat ruang tamu nie.

Dia : Hurmmmmm, xpelah. Rasanya muat kot bawak tdo dekat katil KITA.

Saya : Hah, yer la. Saya tak da apa - apa masalah. Kalau kita ada anak sendiri pun, saya takkan biar anak saya tido sorang. Bawak jer la tdo dengan kita. Anak kita kan ?

Dia : Hah....banyak ar. Kalau kita ada anak, asing la tempat tido dengan kita.

Saya : Eh, kenapa pulak ? Dah anak kita, tdo la dengan kita.

Dia : Dah, nanti orang nak peluk awak macam mana ?

Saya : Hah ??? Pffffffffffffffttttt....


Tak sabar nak amik anak malam nie,

Dia bukannya rapat dengan saya sangat,

Hahaha...

Sebab dia nie, anak saudara Kak Mas yang merangkap anak angkat kesayangan Syah,

Tapi saya tahu dia selesa dengan saya.

Mungkin saya nie memang senang dengan anak - anak,

Dari aidil sampai la ke anak abang Fendi,

Memang tak pernah jadi masalah besar pada saya,

Kalau kena menjaga,

Bagi makan,

Kemaskan pakaian,

Uruskan.

Nampak macam agak poyo sebab macam Syah yang menjadikan saya " ibu " kan

Tapi tidaklah,

Saya perlu mengaku yang saya seorang perempuan yang sangat - sangat suka kanak - kanak,



Syah pernah cemburu dengan saya,

Bila Aidil terlalu rapat dengan saya,

Kata dia,

" Awak nie memang sabarkan melayan karenah anak. "

Alhamdulillah...


Kami sebenarnya pernah fikir,

Banyak kali juga,

Waktu arwah abah ada pun,

Arwah abah setuju kalau Syah nak ambil anak angkat,

Saya ??

Hahahahahaha... gela tak nak !!

Memang itu yang saya harapkan dari dulu.



Dulu ya dulu,

Saya pernah mengimpikan keluarga yang sempurna dengan Syah,

Kami sama - sama berkongsi minat sukakan budak - budak,

Mungkin,

Mana tahu rezeki satu hari nanti,

Memang anak - anak yang bakal jadi pengikat kami sesempurna yang kami inginkan.




Saya sebenarnya tertunggu - tunggu Aidil besar,

tertunggu - tunggu dia panggil saya,

" Mummy ".


Walaupun sekecil tue,

Aidil cukup faham,

Kalau kami balik ke kampung,

Saya akan panggil,

" Adik, meh dengan mummy "

Aidil akan datang dan mintak dokong.

Dengan Aidil sedari dia lahir lagi saya dah menumpang rasa menjadi seorang ibu,

Pantang balik kampung,

Saya akan mintak pada angah untuk Aidil tdo dengan kami.



Hey, nak anak boleh tak !!

♥ 61th

Kadang - kadang rasa mual,
Terasa nak muntah,
Tapi rasanya,
Telan lebih baik,
Sedap tak sedap belakang kira,
Kurang - kurang kenyang sikit.

:)

♥ 60th

Hari yang sangat - sangat tak selesa,
Semenjak bangun dari tidur pagi tadi,
Rusuk belah kanan sakit,
Mintak osmet gemok gedempol comel bam bam tolong urutkan,
Mata tutup,
Tangan urut,

" Noks, kau menggosok ker kau mengurut tue "

Dia gelak.
Last cakap dengan dia,

" Tidur la, aku nak siap pegi kerja "

Then on da way p kerja,
Memang 100% tidak ok sebenarnya,
Menahan sesak dada pulak.

Haiyoh.

Sefikir - fikirnya da banyak kali benda nie jadi,
Mengadu dengan Kasyah,
Beria dia ajak pegi klinik,
Tapi aku fikir kalau klinik apa jer yang doktor boleh buat,
Sebab before ni lagi doktor kata benda ini jadi sebab aku tension.

Tengahari tadi cepat - cepat turun surau,
Sebab kepala start sakit,
Sesak dada makin mengganas,
Wah boleh mengganas,
Ayat tak berhagak - hagak.
Sesak dada makin teruk sebenarnya.
Baring salah duduk salah,
Gosok - gosok baca selawat dan ayat kursi,
Adalah kurang sikit.

Lastnya aku ambil wudhuk,
Mengaji.

Pun tak berhasil,
Bacaan tercungap - cungap.
Humangaih,
Letih owh.

Then dalam pukul 2 tadi,
Ada ok sikit,
Siap boleh buatkan kopi dekat akak - akak nie,
Lepas jer makan goreng pisang,
Around 4pm,
Attack balik.

Oh...

Tension sangat ni,
Kerja banyak,
Fikirkan Syah yang setiap hari memujuk balik rumah kelamin kami,
Fikirkan hubungan kami,
Fikirkan kerja.
Fikirkan itu.
Fikirkan ini.
Fikirkan masalah negara,
Wah boleh, negara sangatssssssssssss....

Syah banyak kali cakap,

" P klinik yer sayang. Hun tension sangat tue "

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

" Lain kali jangan balik rumah sewa, kan dah rindu B "

#Eh...

Pfffffttttt....


Sakit dada la !!

Wednesday, December 5, 2012

♥ 59th


Ada sahabat yang bertanya,
Kenapa saya mampu tersenyum bila hadapi sesuatu yang berat dalam hidup ?
Makan macam biasa cuma kuantitinya tak da lah macam dulu,
Ada tu juga pelik sebab saya masih berperangai sewel,
Duk gelak kacau - kacau kawan,

Tapi kawan baik merangkap rakan serumah saya 
Selalu perasan semenjak saya duduk dengan dia,
" Kau kenapa, ada masalah ae ? "
Sebabnya,
Mata saya sembap,
Yes, senang je nak tahu kalau saya ada masalah atau tak,
Mata saya memang macam panda,
Lepas tue kalau saya mengarut,
Saya mengarut yang tak related.

Lagi - lagi semalam,
Kami cerita pasal durian,
Lepas tue saya melalut entah ke mana - mana,
Sudahnya sebelum tidur,
Dia pegang lengan saya,

" Betul la kata orang, orang yang banyak gelak nie, memang orang yang paling banyak menangis "

Saya ketawa lagi.



Sejujurnya saya memang seorang yang sangat suka ketawa,
Saya dikenali dengan kawan - kawan,
Seorang yang sangat mudah disenangi,
Suka buat lawak mengarut,
Saya ada 6 orang bestfriend semuanya,
2 yang tak tahu macam mana saya,
1 yang tahu siapa saya,
1 yang memang tak pernah jemu nasihatkan saya,
Dan 1 lagi, 
Kasyah. :)

Dan dikalangan sahabat karib saya yang bertiga nie,
Saya memang umpama kakak,
Pelawak,
Tukang cari gaduh,
Dan apa lagi yang pelik - pelik.
Dan saya yang paling tua.
Hey hey,
Saya 26
Dan sahabat saya 2 orang 24 dan seorang 22.

Saya juga lah yang jadi penyeri persahabatan kami.


Saya tahu yang kawan - kawan saya tahu,
Saya sedang bermuhasabah diri.

Yang paling kelakar,
Bila salah seorang dari mereka cuba menegatifkan saya,
Dan saya kata,
" Xpelah, cuba fikir positif. Sekarang ni kena fikir positif. Kalau tak nanti orang benci "
Dan mereka akan kata,
" Sekarang nie cakap dengan kau, macam cakap dengan mak - mak. Matang sangat la >.<"


Saya senyum,
Sedang cuba berubah sebenarnya,
Saya tahu saya dan Kasyah dah menambahkan list orang yang membenci hubungan kami,
Tapi saya cuba berfikir sematang yang mungkin,
Berfikir sepositif yang mungkin,
Everything happen have a reason,
Sampai bila saya perlu menghukum, mengeji dan memandang enteng pada orang lain,
Bukan kah itu menjadikan saya lebih pendendam dan pemurung,
Saya tak nak jadi macam dulu lagi,
Saya rasa saya sangat worse dengan diri saya yang dulu,
Saya jadi manusia yang bukan takat Kasyah tak kenal,
Tapi saya pun tak kenal dengan diri saya.

Kalau nak kata mencari ALLAH,
Jujurlah saya kena mengaku yang saya ini sangat khilaf,
Saya seorang Islam yang masih tak tinggalkan tikar sembahyang saya,
Cumanya rongak - rongak itu masih ada dalam hidup,
Hati sendiri masih bolak balik,
kadang - kadang rasa entah apa - apa jer la jadi macam nie.

Then saya akan senyum.

Bukan mudah untuk kita meninggalkan kebiasaan,
Contohnya panas baran,
Tapi cuba fikir secara positif,
Sebenarnya kita sendiri yang mengubah diri kita jadi panas baran. 
Lagi - lagi sekarang nie, 
Kalau Kasyah penat,
Dia suka naik hangin entah pape,
Kadang - kadang buat muka cemberut macam saya pulak bersalah,
Dulu ya,
Saya jadi berasap jer kepala bila dia macam tue,
Kadang - kadang laju jer mulut nak melawan & meninggi suara,
Tapi anak kecik dalam hati selalu cakap,
" Kata nak berubah, kalau dah kau lawan dia, dia tengking kau, sampai bila pun tak habis "

Dan hasilnya,

Kalau dia marah - marah sekarang,
Saya cuba beri air dalam hati,
Buat lawak,
Lantak la dia layan ke tidak lawak saya tue,
Asalkan saya tak sentap dia marah - marah.

Bukan mudah juga untuk kita bermuhasabah diri dalam keadaan kita "kotor",
Ye "kotor",
Allah tak mengaku mereka yang berpasangan songsang umatnya,
Tapi saya berpegang pada prinsip,
Saya masih Islam,
Boleh lagi membaca khalimah syahadah,
Boleh lagi mengadap DIA 5 kali sehari,
Jadi saya masih ada jalan untuk peroleh keberkatannya.

Berperang dengan perangai buruk sendiri pun sangat susah,
Hahahahaha...
Mulut da biasa cakap b*****, b***,
Tapi bila terlepas cakap dengan kawan - kawan,
Saya macam terkedu,
" Eh, sorry ".


Saya cuma berharap saya kuat untuk saya berubah,
Dari yang tak baik kepada yang lebih baik,
Dari yang suka buat muka mayat kepada orang yang sangat murah dengan senyuman,
Dari seorang pendendam kepada orang yang redha dengan segala - galanya.

Lagi kita nak berubah menjadi yang lagi baik,
Sebenarnya itu la yang sangat susah,
Macam - macam dugaan,
Tapi saya cuba janji dengan diri sendiri,
Saya nak cuba juga lawan.

Penat jadi orang yang tak kenal diri sendiri,

Dan alhamdulillah,

Walaupun niat saya berubah adalah majoritinya untuk diri sendiri,
Kasyah suka dengan perubahan saya.
Kawan - kawan baik saya suka dengan perubahan saya.

Sebenarnya mereka ini la yang beri kekuatan untuk saya berubah.

Saya tak nak diri saya ditakuk lama,


Kak Eny pernah kata pada saya,

" Benda yang akak suka pada adik adalah mata adik, mata adik cantik. Tue sebab kalau adik nangis akak akan nangis sebab akak tak nak tengok mata tue jadi tak cantik "

Hmmmmm...


Semoga saya mendapat kekuatan itu,
Setiap manusia masalahnya berbeza,
Tapi 
macam Kak Cmy kata,


" Apa saja yang kita lalui dalam hidup, Life must go. Hidup memang kena teruskan.
Kita hidup atas diri kita, mak abah kita dan kehidupan kita sendiri. So, apa saja kena hadap. Senyum, telan, redha "


Bismillah,
Semoga langkah saya untuk menjadi yang lebih baik untuk diri sendiri dan semua orang berhasil.

♥ 58th


Ya Allah, aku mohon kau ampunkan silapku kepadamu,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada ibu bapaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada keluargaku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada mereka yang pernah berdamping denganku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada dia yang menyintaiku,
Aku mohon kau ampunkan silapku pada musuh - musuh ku,

Dan akhir sekali,

Aku mohon kau ampunkan silapku kerana sering berlaku kejam pada diri sendiri.


Sedar selepas melakukan kesalahan itu lebih baik daripada tidak ada kesedaran langsung. Setiap orang boleh mendapat peluang kedua dan seterusnya "


Aku ini insan biasa,
Yang sedar akan kekhilafan diri,
Semenjak berlaku beberapa perkara,
Bangun pagi,
Buka mata,
Ada atau tidak dia disisi,
Aku tetap bermohon supaya aku dan dia melalui satu hari yang baik setiap hari

Dan setiap malam,
Sebelum tidur dan pejam mata,
Aku akan bermohon kepada Allah,
Ampunkan salah silapku pada semua yang aku nyatakan diatas.

Mungkin kerana itu,
Walau tak banyak,
Allah memakbulkan doa aku,
Mungkin atas berkat doa ibu mertua ku di tanah suci,

" Mak, jangan lupa ya, doakan sikap panas baran saya pergi "

Aku dapat rasa sedikit perubahan,
Berubah sepenuhnya itu tidak,
Tapi sekurang - kurangnya aku dapat kawal perkataan yang tak elok keluar dari mulut aku,
Bukan mudah nak tukar kebiasaan kan,
Bukan tak terlepas,
Tapi setiap hari aku cuba,
Niat ku hanya dua,

1. Untuk diri sendiri.
2. Memang untuk dia.

Sekarang,
Kalau tercakap perkataan yang bukan - bukan,
Hati rasa tak tenang.

Macam tue jugak kalau aku marah pada orang,
Lepas tue rasa bersalah sendiri.

Aku mohon diberi ketenangan dalam hati,
Dijauhkan aku dari sikap - sikap mazmumah yang bakal merosakkan hati.

Tak nak lagi jadi macam dulu,

Aku hampir kehilangan segalanya.


Sedar akan apa yang aku tiada,
Syukur disedarkan awal.

Mohon doa kalian,
Segalanya masih baru dalam proses pembentukan sahsiah diri,
Demi dia yang aku sayang.


" Kalau Hun boleh berubah, beri peluang pada B juga untuk berubah "


Appreciate those who love you, Help those who need you, Forgive those who hurt you, Forget those who leave you