Yer, 10. December. 2012 datang juga,
Alhamdulillah,
Ulangtahun percintaan / perkahwinan yang ke 4 tahun,
Tak sangka kan ?
Hubungan yang saya kira terlalu banyak cabaran,
Selalu diuji dengan kesetiaan, ketulusan, kepercayaan.
Betul B kata,
" Hubungan kita berdua sebenarnya terlalu banyak cabaran kan sayang "
Sebulan menghampiri 10. December tahun ini,
Saya fikir saya takkan berjumpa dengan tarikh ini,
Dengan ucapan tulus cinta dari B,
Tapi rupa - rupanya.... :")
Frankly speaking,
Aku rasa selepas tsunami yang melanda hubungan kami kira - kira 7 bulan kebelakangan ini,
Piala AFF Suzuki Cup 2012 yang membawa saya kembali pada dia.
1, Malaysia VS Indonesia
Itu kali pertama B ajak saya tengok bola selepas kami bermasalah,
Sebenarnya sejujurnya saya setuju " date " dengan dia masa tue bukan untuk apa,
Tapi lebih pada saya nak lepaskan tension.
Tapi entah ya,
Game tue umpama menyatukan kami,
Hati kembali rapat dengan dia.
2, Malaysia VS Thailand
Alhamdulillah, selepas game ini hubungan kami semakin pulih,
Nak kata sangat pulih tidak jugak,
Sebab masih ada badai kecil yang mengganggu,
Tapi dek mungkin kerana minat dan semangat kami yang membara,
B sakit kaki,
Dan saya dengan demam,
Dan demi memperbaiki hubungan,
Demi semangat cintakan harimau malaya,
Kami gigihkan juga.
Dan malam tadi,
Saya tarik tangan dia,
Salam dan cium seperti selalu,
Sebak sebenarnya,
Saya memang tak mengharapkan candle light dinner,
Tak mengharapkan kad - kad hasil lukisan dia seperti selalu,
Tak mengharapkan kad - kad hasil lukisan dia seperti selalu,
Tapi dalam hati cuma berharap,
" Terlalu banyak dugaan hubungan kami, kalau dia masih diberi peluang untuk menjadi hak saya dan saya kepunyaan dia, kekalkan la hati kami "
Dia tarik saya dalam pelukan,
Tenang,
Dia kucup dahi dan bibir,
" Terima kasih kerana selalu memaafkan kesilapan B pada hubungan kita. B takkan mampu hilang Hun. B nak Hun seorang dan Hun seorang saja suri hati B "
Sungguh saya terharu.
Dan pagi tadi sebelum saya hantar dia pergi kerja,
Dia ucap sekali lagi " happy anniversary " bersama pelukan,
Untuk kesekian kalinya,
" Terima kasih Hun. Sungguh saya sayang dan cintakan awak "
B,
Maafkan saya kalau masih takut dengan perkara lampau,
Maafkan saya kerana pernah hilang dari kehidupan mu,
Maafkan saya kerana masih lagi trauma & paranoid pada perkara dulu,
Tapi setulusnya,
Saya masih disini seperti dahulu,
Menyintai, mengasihi dan menyayangi awak lebih dari apa yang saya ada di dunia ini,
Awak masih keutamaan saya,
Awak la segala - galanya untuk saya.
Terima kasih untuk 4 tahun ini,
Setiap tahun, setiap bulan, setiap hari, setiap jam, setiap minit,
Saya kira sebagai suatu pelajaran dalam hidup saya yang B ajar.
Tak pernah terkurang.
B insan yang 4 tahun dulu mengejar saya,
B insan yang mempertahankan maruah saya sekukuh - kukuhnya bila musuh kita mengata saya,
B rela diperkotak katikkan oleh mereka semata - mata mempertahankan dan memperjuangkan hak saya,
B juga insan yang mentransformasikan diri saya dari si manja kepada si matang,
Si yang bergantung harap kepada seorang yang sangat independent,
Saya ingat lagi,
B pernah kata B bangga punya pasangan yang sangat independent macam saya.
Dan tahun ini,
B mentransformasikan diri saya
dari Si Panas Baran kepada manusia yang sangat - sangat tenang.
Terima kasih B,
Terlalu banyak,
Beratus mungkin,
Atau beribu yang saya cuba terapkan dalam hati tentang kebaikan B,
Dan kesungguhan B kali ini,
Untuk mempertahankan hubungan kita,
Sampai sanggup cuba ubah perangai - perangai buruk B,
Buat hati saya makin dekat dengan B.
" B percaya pada satu benda, kalau betul Hun jodoh B. Jauh mana Hun pergi, Hun tetap datang balik pada B. "
Terima kasih juga kerana setiap hari cuba menghilangkan ketakutan ini pada diri saya.
B,
4 tahun ini,
Awak la suami,
Awak la hati,
Awak la naluri,
Awak la sahabat,
Awak la musuh,
Awak la bapa,
Awak la ibu,
Kepada saya.
Dan
Terima kasih,
Untuk kesekian kalinya,
B kembali panggil saya, nyawa B.
Terkedu.
Terdiam.
Thanks B.
HAPPY ANNIVERSARY FOR 4 YEARS, HEART. THANK YOU SO MUCH FOR BEING MY HUBBY.