Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, November 29, 2012

♥ 48th

Kakak - kakak ofis sibuk bercerita tentang Ain Hawani & Adam Mukhriz dalam Adam & Hawa,
Aku hanya mampu tersenyum,
Orang kerja pejabat memang kuat bergosip,
Tentang drama terbaru,
Tentang orang sekeliling,
Kongsi makanan itu ini,
Kadang - kadang benda yang aku tak tahu,
Jadi tahu.

:)

Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku,
Bila ada akak duk sibuk marahkan Ain Hawani yang prejudis dengan suami sendiri.

Sekali lagi aku senyum,

Mungkin faham dengan keadaan Ain Hawani.

Aku bersuara,

" Akak, Ain jadi prejudis dengan suami dia, sebab suami dia dah banyak sangat buat salah dalam life dia. Kalau saya pun, mungkin saya jadi macam Ain. Tapi nasib baik la dia dapat Adam Mukhriz yang memang betul - betul berubah demi dia dan sanggup tunggu dia bertahun - tahun "

Akak tue semua bersorak bila aku cakap macam tue. 

" Amboi, awak cakap macam dah kahwin "

Aku senyap & senyum lagi.

Dalam hati berkata,

" Dah, 4 tahun dah saya berkahwin dengan seseorang yang perangainya sebijik macam Adam Mukhriz tue kak. Cuma bezanya, suami saya kurang sabar dalam menanti seorang isteri yang sangat takut dengan masa lampau. Terlalu berbeza dengan Adam Mukhriz kesayangan akak - akak semua "

Hahahahahaha... Aku gelak sendiri.

Ya, walaupun sekadar drama, aku faham situasi yang Aisya Sofea ingin sampaikan melalui watak Ain.

Ain keras dalaman bukan kerana apa, kerana dia hilang 100 % kepercayaan terhadap Adam yang memang suka berpoya - poya. Tukar perempuan sana sini. That`s why she is too much prejudice with her own husband. Tapi aku juga sangat tertarik dengan Adam Mukhriz yang betul - betul berubah sebab isteri tercinta dan memang sabar sangat dalam menunggu ego & keangkuhan isterinya runtuh.

Konklusinya sebenarnya adalah,

Kesabaran itu benteng semua benda. Hati perempuan ni mudah terusik.
Lagi - lagi bila orang yang dia cinta,
Orang yang dia anggap benteng pertahanan,
Mengkhianati kasih sayang yang diberi.

Tapi,

Kalau dipujuk dengan kesabaran,
Insyaallah...


Tiba - tiba aku fikir,


Mana mungkin Adam Mukhriz wujud lagi pada zaman sekarang ??
Mana mungkin Kasyah Lagenda Budak Setan muncul lagi pada zaman sekarang ??


Aku terus tertunduk...


Hmmmmmm...

Rumitnya cinta.