Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 26, 2012

♥ 42th

Lamakan aku tak mengjengah,
Yer,
Terlalu lama.
Hari ini ??
Ya, menulis segalanya dari hati.
Hati yang aku kira sedang cuba pulih dari kehancuran yang sangat durjana.

Aku merenung sesuatu,
Ya, merenung gambar kami yang aku letak disudut meja kerja,
Air mata menitis,
Laju,
Terlalu laju,
Gambar itu gambar bulan madu,
Aku tak pasti bulan berapa,
:)
Jengkel kan bila aku lupa pada tarikh penting,
Ya,
Mungkin kerana kehancuran.

Aku kira hubungan kami pada waktu itu telah hancur,
Aku kira percutian ke sana hanya menambahkan syarat,
Ah...
Buat apa untuk aku fikir semula,
Air mata menitis lagi.

Kehancuran aku sebenarnya dititi dengan kebahagian insan yang paling aku cinta,
Ya,
Insan yang aku kira menjadi sebahagian dari diri aku,
Insan yang aku kira terlalu sebati dalam diri aku,
Insan yang pernah memanggil aku NYAWANYA satu waktu dahulu.

Aku tinggalkan rumah KAMI dengan kenangan,
Cinta ini membuatkan aku kehilangan diri sendiri,
Ya,
Kekurangan aku sengaja diletakkan syarat untuk menghancurkan aku.
Kemana sebenarnya aku harus pergi ?
Kemana sebenarnya aku harus tuju ?
Aku kira KL tidak pernah menyenangkan aku akhir - akhir ini walaupun 4 tahun dulu KL menjadi ruang kebahagiaan yang tidak terkira.

Menyesal,
Rasa kehilangan,
Ya,
Mungkin kerana hari yang kami lalui terlalu lama,
Tapi bukankah sepatutnya tempoh itu boleh buat aku dan dia berbangga dengan apa yang kami ada ??

Ya Allah,
Kenapa aku terlalu cinta ?
Kenapa aku terlalu kasih ?
Kenapa aku terlalu sayang ?
Sehingga aku lupa pada diri sendiri,

Aku pejam mata,
Dengan harapan kau tiada didepan mata,
Tapi makin kerap kau lalui bayangan ku,
Sayang,
Hati ini sebenarnya hancur,
Hancur berkecai dibuat kamu,
Aku yang terlalu jauh untuk berubah,
Atau kau yang dah terlalu biasa dengan diri ini sehingga kau tiada perasaan buat aku begini.

Sayang,
Aku rindu pelukan kau,
Aku rindu KITA,
Mungkin aku terlalu meletakkan harapan yang tinggi untuk KITA sampai aku jadi begini,
Kalaulah aku mampu pergi jauh,
Aku akan pergi terlalu jauh yang kau tak mampu cari.

Aku pejam mata semula,
Aku buka,
Aku terpandang Jay 4 tahun dulu yang aku kenal,
Aku tutup mata,
Ada air jernih yang mengalir,
Aku mengharapkan cinta & diri ini diberi pada selayaknya,
Tapi layakkah engkau jika ini yang aku terima.

Mungkin selepas ini,
Catatan ini aku taip untuk aku imbau apa yang aku pernah dapat dulu,
4 tahun dulu,
Aku insan yang paling kau cinta,
Aku insan yang paling kau sayang,
bukan setelah 4 tahun,
Aku cuma insan yang dah terlalu biasa dengan kehadiran mu.

Aku mohon pada ALLAH untuk bawa aku jauh dari kau,
Tapi kenapa terlalu kuat rasa ini untuk kembali pada kau.

Bolehkah,
Kalau aku kembali tiada lagi air mata yang akan mengalir ?
Kalau aku kembali tiada lagi insan lain antara kita ?
Kalau aku kembali aku bisa dijadikan ratu dihatimu seperti dulu ?

Sayang,
Aku ingin dicintai sepertimana aku mencintai kau ?
Aku ingin disayangi dan dikasihi sepertimi aku menyayangi dan mengasihi kau ?
Tapi...................................................

Gambar kita atas meja lantas aku ambil dan aku koyak,
Tapi kenapa masih tidak mampu aku lupakan kau yang terlalu banyak menoreh hati ini.

Gambar itu inspirasi aku,
Bila aku sedih aku akan pandang,
Umpama kau ada depan mata,
Aku akan senyum,
Aku fikir kau bahagia waktu itu,
Tapi tidak.

Kejamnya aku menyeksa hati mu terus bersamaku sewaktu itu,
Walhal dihati kau sudah tiada aku dalam kamus hidupmu,
Kejam kan aku ?
Kekejaman aku membuatkan diri sendiri hancur berkecai,
Kekejaman aku membuatkan kau hilang seseorang,
Kekejaman aku membuatkan kita jadi begini.

Allah,
Cintanya aku pada dia sehingga aku lupa kewujudan mu,
Cintanya aku pada dia sehingga aku sanggup gadaikan nyawa ku sendiri,
Cintanya aku pada dia sehingga aku sanggup telan kalau dia boleh bahagia dengan insan lain.

Jika satu hari nanti aku pergi,
Aku pohon kau sedarkan dia tidak terlalu banyak,
hanya sedikit tentang kehadiran aku,
Aku pohon kau buka mata dia,
Ada insan yang masih cintakan dia lebih dari Nurul & Ayu cintakan dia,
Aku pohon kau buka hatinya sedar,
Yang insan yang terlalu mengagungkan dia dalam seluruh kehidupan ku telah mati jiwa & hatinya untuk orang lain,
Aku pohon kau jagakan dia untuk ku,
Kerana aku sedar,
Aku sudah tidak kuat,
Tidak mampu berdiri seteguh dulu,
Tidak mampu mengampu kejatuhan & kehancuran diri yang hanya sia - sia.

Sayang,
Saya xkan ganggu awak macam orang lain ganggu,
Saya xkan biarkan awak serabut macam orang lain buat,
Saya mintak maaf,
Saya ingin cari diri sendiri,
Diri saya yang entah kemana hilang semenjak meletakkan awak seagung - agungnya dalam kehidupan saya,
Ya, bukan hati sayang, tapi kehidupan.
Saya mintak maaf kerana saya tinggalkan awak,
Semuanya kerana kebahagiaan awak.
Saya tak mampu jadi manusia tamak.

Sayang,
Awak satu - satunya insan yang saya mampu buat apa saja untuk buat awak bahagia,
Saya tersenyum untuk saya kalis apa yang saya lalui,
Sayang,
Saya takkan mengugut awak,
Saya akan mintak pada ALLAH,
Untuk sedarkan awak,
Sepanjang kehidupan awak,
Ada satu perempuan yang terlalu sayang & cintakan awak selepas Ayu.
Ada satu perempuan yang terlalu ingin lihat kebahagiaan awak dengan insan lain tanpa dia.

Sayang,
saya nak awak tahu,
Saya masih ada kenangan Jay,
Masih ada kenangan kita 4 tahun dulu,
Saya rindu kenangan itu,
Saya rindu "orang" itu,
Tapi,
Masa tidak mampu ubah apa - apakan ?

Salam sayang,
Si Kudut yang pernah kau letak di dalam hati :"(