dalam setiap tutur kata,
saya selalu terfikir sesuatu,
macam yang ada pernah tanya,
setelah 4 tahun dan hujung tahun ini memasuki angka 4 + 1,
kenapa saya masih bersama dia walaupun dia pernah mencurangi saya 2 kali dengan kecurangan yang sangat besar ?
dalam setiap titip doa,
duduk berteleku di dandanan berkait depan mata,
saya selalu terfikir,
kenapa dia selalu kembali bila dia sudah puas dengan permainan yang dia corak untuk diri dia ?
Tapi malam itu,
Malam itu dia menitiskan air mata untuk kesekian kalinya,
" Tolong la, jangan keluar dari rumah ni lagi. Saya tak nak awak keluar, saya tak nak awak pergi. Saya tak nak sakit lagi ! "
Bentak dia berulang kali.
Ada yang pernah saya terlalu angkuh dengan kasih sayang dia pada saya ?
Tidak, saya tidak angkuh,
Ini lah Naz pada saya.
" Jauh mana pun saya pergi, saya tetap tak kan mampu hidup tanpa awak. "
Mungkin kerana itu,
Kerana itu dia tidak mampu pergi dari saya,
Memaafkan bukan kerana kasihan,
Tapi kerana bounding antara kami lebih dari apa yang kami jangka sebenarnya,
ada saya dalam dia,
dan ada dia dalam saya,
dan kerana itu,
Saya bersama dia kembali.