Dalam keriuhan berpuluh ribu penonton di Stadium Bukit Jalil,
Dia pandang saya,
Sedalam - dalamnya,
" Saya akan buat apa saja untuk awak jatuh cinta pada saya semula. Dan kalau dengan bawak awak tengok bola nie, akan lagi merapatkan awak dengan saya. Saya akan buat "
Senyum,
Walaupun senyuman itu sedikit sahaja,
Saya tahu dia bersungguh - sungguh.
Sebenarnya kami meminati benda yang sama,
Saya dapat tahu perkara nie masa World Cup a few years ago,
Mungkin dalam 2 tahun lepas,
Dan hari itu,
Sebelum perkara ini terjadi pada kami,
Dia ada ajak saya ke stadium,
Tapi dek kerana masalah & kesibukan,
Perkara itu tertangguh.
Dan alhamdulillah,
Usaha dia kali ini berjaya,
Setiap kali saya bersorak atas permainan Harimau Malaya,
Dia akan pandang saya,
" I Love You, Sayang "
Saya senyum,
Dalam hati berkata,
" Suami saya yang hilang hampir setengah tahun dulu, kini kembali. Ya kembali dengan kemanjaan dan kata cinta yang tak pernah putus "
" Saya nak gapai tangan awak, pimpin tangan awak walaupun awak sedang bertatih. Saya akan bangunkan awak. Hun, saya tak tahu kenapa, jauh mana saya pergi, saya memang tak mampu tanpa awak. Saya dah cuba tapi tak mampu. "
Anyway,
Thanks yer,
Terima kasih sebab awak tahu minat saya pada bola,
Lagi2 selepas awak mintak saya berhenti futsal dulu,
Dan terima kasih sekali lagi,
Saya rasa,
Usaha awak yang pertama ini membuahkan hasil,
Pertama kali selepas sekian lama,
Kita mampu tersenyum dan bergelak ketawa tanpa ada apa - apa.
Terima kasih skuad harimau malaya,
1. Sebab membanggakan kami dengan perlawanan ini.
2. Sebab membuatkan saya kembali lembut hati pada si pencari cinta saya ini.
:")