Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday, December 12, 2012

♥ 67th







Tahun 2012 jer tak da kad - kad cinta macam nie,
Sebabnya saya tahu,
1. Hubungan kami bermasalah dan baru jer kembali pulih macam dulu.
2. Dia terlalu sibuk.

Pertama kali dapat kad kreatif nie,
Saya rasa terhibur,
Saya tahu dia pandai melukis,
Saya pun tahu dia kreatif,
Tapi saya tak sangka yang saya akan dapat selalu kad - kad romantik macam nie.
 
Semuanya masih ada dalam simpanan lagi,
Dan dalam keempat - empat tue,
Saya paling suka kata - kata dalam kad harijadi yang ke 24 tahun,
 
Angin malam sapa sepiku,
Ingatkan aku, aku yang tanpa kamu,
Sedarkan aku, aku yang rindu kamu,
Bisik padaku, aku yang perlukan mu.
 
Bukan untuk semalam,
Bukan untuk hari ini,
Malah selagi ada nyawa,
Malah selagi ada nadi berdetik.
 
Angin malam sapa sepiku kembali,
Ingatkan aku, tentang aku yang pernah Alpa,
Sedarkan aku, tentang aku yang pernah menjauh,
Jerkah padaku, tentang salah yang masih aku hutang.
 
Untuk hari semalam,
Untuk hari ini,
Mungkin juga untuk hari mendatang,
Walau harapanku, kasih tak bisa digalang.
 
Angin malam sapa sepiku ke sisi,
Ingatkan aku, Bahawa kamu adalah hatiku,
Sedarkan aku bahawa kamu adalah cintaku,
Untuk hari lalu,
Untuk hari nanti.
 
Selamat Ulangtahun Kelahiran Untukmu, Kamu Yang Ada Dalam Hatiku.
 
Such a beautiful poem rite ?
2010 hubungan kami dilanda badai sama hebatnya dengan tahun ini,
Cuma tempohnya tak selama tempoh tahun ini.
Dan disebabkan itu lah puisi itu diberi pada saya.
 
:)
 
Terima kasih Hubby.
Semoga terus menjadi kreatif dan inovatif. 
 
:).