Syukur lah,
1 perkara sudah selesai,
Bergegas dari Johor ke KL awal pagi semalam,
Semata - mata memenuhi kehendak si suami yang sebenarnya dia tahu mak tak jadi datang sebab si Aidil sakit,
Tapi boleh pula dia bagi alasan,
" Ehehe...sorry la sayang...bukan B tak nak bagi tahu yang mak tak jadi datang. Tapi kalau B bagitahu, mesti sayang balik lagi lama kan ? Kang kalau sayang lagi lama dekat kampung, lagi la sayang kuat mengarut. B pun rindu nie. Tak leh sayang lama - lama dekat kampung "
Haish,
Kalau ikutkan hati nie,
Ada depan mata,
Tak tahu la apa saya buat pada dia.
Tapi tak pa la,
Seawal 11.30 pagi saya sampai,
Terus bergegas ke Rawang,
Ambil anak sebab nak uruskan hal pakaian sekolah dia yang mama janjikan,
Penat tu tak usah cakap,
Tapi kalau bertangguh entah bila la hal anak & pakaian sekolah dia nak selesai,
Minggu depan penggal sekolah dah mula,
Takut - takut keperluan tak ada.
Pendek kata,
Seharian dari jam 6.15 pagi sehingga 12.30 malam semalam,
Saya running dari Johor - KL - Rawang - KL.
Itu lah,
Ini baru sedikit penangan menjadi "ibu"
Usai ambil anak,
Malam itu kami terus ke Jusco Wangsa Maju,
Betul apa yang saya kata,
Akibat "last minute" dek mama & mummy yang super sibuk nie,
Banyak dah uniform sekolah yang dah habis,
Sudahnya petang nanti,
Kena repeat semula mencari baju sekolah dia ke Giant Batu Caves.
Mama nya pula sama kepenatan,
Apa taknya dari hari saya tinggalkan dia,
Dia dah start mengemas rumah kami yang super bersepah,
Bukan pengotor,
Tapi barang yang banyak,
Masa yang tak ada,
Buat rumah kami umpama rumah terbengkalai,
Syukur lah perubahan demi perubahan dia dah semakin bijak membantu dalam hal rumah,
Bukan atas dasar sibuk dan tak sihat semata,
Tapi saya sengaja nak tengok kesungguhan dia pada rumah nie.
Insyaallah habis hujung minggu ini,
Keperluan saya dari rumah sewa sedikit demi sedikit dibawa masuk semula ke rumah kelamin kami,
Harapnya ini yang terakhir terjadi.
Saya perlu menjadualkan kembali kehidupan saya,
Entah kenapa akhir - akhir ini,
Tubuh saya dah tak sekuat dahulu,
Renyah sedikit saya dah mula rasa lelah,
Kerap kali juga dada umpama dihentak tiba - tiba,
Mungkin sebab saya stress,
Tapi apa yang saya stress itupun saya tak pasti,
Kaki pula dah tak mampu nak mengampuh badan selama mana seperti dahulu,
Habis setengah hari saya berdiri, berjalan,
Tubuh badan saya jadi lemah berhari - hari.
Haish,
Penangan hujung tahun yang penuh liku mungkin,
Sistem immune diri dah makin goyah dek kepala yang stress,
Tapi saya selalu cakap pada diri,
Saya tak mahu manjakan badan dengan kimia dalam badan,
Sebab saya dah melalui satu fasa yang teruk awal tahun 2007 sehingga 2008 dulu akibat sakit yang saya tak jangka.
Jadi pada sakit yang datang entah tak dijangka penghujung tahun ini,
Saya anggap ia umpama untuk menarik perhatian saya supaya manjakan sikit badan,
Tapi biarlah,
Pada saya,
Lagi kita manjakan diri dengan ubat,
Lagi kita tempah tiket untuk sakit yang berbahaya pada masa akan datang.
Supaya 2013 nanti ALLAH beri saya kemudahan dalam melakukan semua kerja dan memberi kesihatan yang baik kepada saya & Naz yang saya cintai.
Untuk Naz,
Terima kasih untuk hujung minggu lepas,
Terharu saya balik rumah bersih sangat - sangat.
ILY...