Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, December 22, 2012

♥ 73th



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati


Kau masih ku cintai...sungguh
dari awal dulu hingga hari ini
aku pasti seyakinnya pasti
kaulah satu untukku

kau masih dewi hatiku...sungguh
biar sejuta tahun hilang di hari
usah gusar...sayang...usah ragu
aku milik mu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar takkan hilang
akan aku sinari duniamu
moga terpadam sangsi mu

cintaku jika kau lihat tingginya awan
takkan tercakar tinggi cintaku
hanya hati ku tahu apa mahu ku
dan duniaku pasti milik mu
hingga ke akhir hayat ku...

kau masih ku cintai...sungguh
dari hari pertama kau ku nikahi
aku pasti...yakinnya pasti
engkau milikku


Semalaman ku tak lena
Bayangmu menjelma
Rindu semakin menyala
Bagai bergelora
Di dalam dada

Kini baru ku sedari
Cinta bersemi
Berputik di ranting hati
Bahagia kan menanti dua sejoli
Dalam ikatan kasih yang terpatri

(Korus)
Bara yang panas membara
Sanggup ku genggami jua
Namun ku tempuhi dengan rela
Aku peduli
Gerhana jiwa ini sudah ubati
Bersemadi
Kini ku miliki
Ku tak akan sunyi
Kerna kau di sisi

Kau bidadari
Kau lah penyeri
Terukir sebuah janji
Yang tulus dan suci

(Ulang Korus)
Bara yang menyala
Ku genggami jua
Biar sepanas mana bahangnya
Tak terasa
Ku pelihara cinta yang setia
Hingga ke akhir bersama
Bahang cinta yang menyala

Semalaman ku tak lena
Bayang mu menjelma
Rindu semakin dalam
Bagai gelora
Di dalam dada


" Biar saya dengan sesiapa sahaja, dia tetap tak sama macam awak sayang " - Andai ku bercinta lagi.



" Balik cepat, hun. B tak boleh. Rindu. "


Baru 7 jam saya tinggalkan dia, 
Tapi fikiran saya dah melayang di rumah kelamin kami,
Katil kami berdua.

Semenjak saya menyuarakan hasrat nak balik,
Setiap hari dia memujuk saya,

" Sayang, jangan la balik. Tak kesian dekat B yer "


Inilah suami yang saya cinta satu waktu dulu,
Dia betul - betul dah kembali.

Rindunya dekat awak, sayang.