Hujung minggu lepas perbincangan kami lebih menjurus kepada perkara yang serius,
Ingat lagi petang Jumaat itu dia telefon saya,
Saya fikirkan tentang bisnes yang sedang kami buat,
Tapi...
" Sayang, nak anak "
" Hah ??? Nak la, gela tak nak ?? "
" Okay, good. 3 bulan akan datang, kita akan ada anak sendiri "
" Hah ??? Serious ?? "
" Iyer, tapi abang tak nak cerita sekarang. Jumpa nanti dekat rumah. Nanti abang cerita dekat sayang "
Sepanjang perjalanan dari Hi - Tech ke Sentul saya berdebar.
Bukan sebab apa,
Tapi tentang anak ini sebenarnya bukan pertama kali kami rancang.
Akhir perbincangan kami tentang anak serasanya lebih 2 tahun yang dulu,
Cuma kami agak terkilan kerana bila hampir waktu kami bergelar ibu pada anak itu,
Ada sedikit perkara yang tak dapat dielakkan berlaku.
Dan tahun ini,
Sekali lagi.
Kalau dikira dari persediaan,
Sebagai seorang ibu, saya kira saya telah bersedia dari segi mental dan fizikal,
Mungkin sebab Naz yakin tentang perkara itu,
Sebab dari awal perkenalan kami,
Naz tahu yang saya seorang perempuan yang memiliki sifat keibuan.
Sebelum ini pun,
Naz lihat sendiri kemampuan saya menjadi seorang ibu pada Aidil dan anak - anak yang lain.
Naz juga pernah bergurau dengan saya,
" B rasa kita kena amik anak angkat. Salah satu cara, yang B akan sentiasa dengan sayang "
:")
Dan bila hasrat Naz jumaat itu disuarakan pada saya,
Saya rasa teruja,
Tapi saya tetap ajak dia berbincang dengan keluarga dia.
Dia risaukan keluarga saya,
Hubungan kami akan datang,
Jadi saya ajak Naz berbincang secara serius.
Insyaallah,
Suatu masa nanti,
Saya harap keinginan kami berdua diperkenankan,
Anak,
Memang itu yang kami berdua harapkan daripada dahulu,
Untuk melengkapi lagi kehidupan kami berdua.