" Macam mana la nak jadi akauntan syarikat B nanti "
" Jangan gelak - gelak bila B marah "
Marahnya lewat pagi semalam.
Air mata bertakung.
Oh,
Terdetik juga dalam hati,
Kenapa la saya tak melawan macam dulu ?
Tapi memang tak terkeluar suara nak melawan.
Perubahan yang " sangat bagus " waktu - waktu genting macam nie.
Adik kecil dalam hati tak sudah - sudah menyembur minyak bagi api dalam dada marak,
Tapi,
Ada adik kecil yang sangat baik berkata,
" Jangan lawan, tak baik. Tak habis nanti. Biar jer, nangis jer pun tak per "
Sebenarnya memang betul pun cakap dia,
Benda kecik,
Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pada saya yang memang " rejam " matematik dari kecik sampai besar nie,
Benda yang dia suruh saya buat tu benda besar.
Saya tak suka mengira,
Saya tak suka nombor,
Saya tak suka akaun,
Saya tak suka debit kredit,
Saya tak suka cash flow,
Saya suka duit saya jer. :"))
Marah dia sebenarnya tak berpanjangan beria,
Tapi mungkin dia penat,
Jadi benda tak da kaitan nak marah pun dia jadikan sebab,
Saya ni duk menjerit - jerit dalam hati,
Air mata berjurai - jurai turun bila dia membebel,
Sejak bila saya jadi manja dan tak pandai menjawab ni ?
Dalam hati saya bergendang,
Cuba sampaikan pada dia,
Saya jadi macam nie bukan sebab saya fikir benda - benda yang tak de kaitan,
Tapi,
SAYA MEMANG TAK SUKA MENGIRA LA, B.
Matematik tak de dalam laluan hidup saya.
:"(...
Mungkin tengok yang saya memang langsung tak melawan dia macam dulu,
Dia raih saya dalam pelukan dia,
Erat macam selalu,
Ada ciuman ditepi kepala,
" B bukan marah, tapi tak boleh la B fikir semua benda. B dah tak susahkan sayang dah kan buat kerja rumah. B kan yang buat kerja rumah. Sayang jangan fikir benda pelik - pelik la. Apa yang B suruh ingat, sayang kena la ingat. Kita kan nak perbaiki hubungan kita. "
Hati saya sedikit terpujuk,
Memang pun apa yang kami buat sekarang ini,
Bukan semata - mata nak menolong orang,
Tapi nak menjana pendapatan kami bersama juga.
Jadi dia percayakan saya sebagai orang yang menguruskan kewangan,
Dari dulu lagi,
Tapi dulu setakat saya pegang wallet dia,
Kalau nak belanja,
Saya keluar duit saya kalau duit dia tak cukup,
Dia keluar duit dia kalau duit dia ada.
Tolak - tolak itu je la.
Tapi ini,
Kena buat cash flow,
Debit kredit,
Stok itu,
Stok ini,
Pengiraan yang memang menyebalkan saya.
Selepas itu, saya cuba berfikiran waras,
Dia marah bersebab,
Suami saya yang seorang ni jarang marahnya tanpa sebab,
Kalau ya pun tanpa sebab,
Sekarang saya cuba telan dan tidak melawan,
Apa salahnya saya cuba minat apa yang saya benci untuk kesenangan hidup kami bersama,
Bukankah tempat isteri disisi suami,
Yang menguruskan segalanya dengan suami.
Tak pa lah saya cuba pujuk hati,
" Nyawa, dalam bisnes ada baik juga kita bergaduh walaupun kita suami isteri. "
Tiba - tiba saya teringat kata - kata dia masa kami chatting di facebook tempoh hari.
Ya, marah dia bersebab,
Dia percayakan saya untuk menjaga semua jenis liabiliti kewangan,
Jadi,
Tak salahkan saya cuba pupuk minat untuk jadi MENTERI KEWANGAN terbaik yang dia pernah ada.
Dan semalam bila saya tarik selimut untuk tidur,
Dia kucup dahi saya,
Mungkin tahu yang rajuk saya dah hilang,
Yang tinggal cuma nak bermanja,
" Meh sini nak cium sikit ".
Syukur, perubahan saya membuatkan dia makin dekat dengan saya.
Saya harap perubahan ini berpanjangan.
Supaya hubungan kami makin pulih dan makin pulih dan makin kukuh.
Mungkin masih ada yang masih bersisa,
Tapi insyaallah saya cuba untuk berubah.
:")
I Love You, B.
I Love You More, Hun.
:")