Our Anniversary

Our Soul

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Our Love

Daisypath Anniversary tickers

Her Birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, December 17, 2012

♥ 70th

" Aku nak kau jer, bodoh. Aku sayang & cinta kau jer tahu "

Jerkah dia dalam mesej kami semalam.

Saya hentikan komunikasi antara kami. Saya letak telefon di tepi.
Saya buka & genggam cincin yang dia beri pada saya sekian lama dahulu,
Di sebalik cincin itu ada nama kami berdua,
Air mata saya menitis,
Laju..........

Saya tahu dia marahkan saya,
Semenjak kami baik,
Saya dah lama tak merajuk panjang begini,

Tapi macam mana lagi saya mampu cakap,
Kalau hati ini terperuk dengan rasa yang tak mampu diungkap.

Saya jadi hilang pedoman merajuk dengan dia.

Saya nampak perubahan dia sekarang,
Saya tahu dia betul - betul berubah untuk saya kembali tetap dengan dia,
Dan hati kami bersatu,
Saya tahu,
Saya nampak,
Saya rasa cinta dia pada saya yang memang satu - satunya untuk saya sekarang.

Berkali - kali juga saya dengar suara dia di telefon sebak bila saya tetap dengan rajuk saya,
Saya tahu dihujung talian sana,
Dia menahan marah, 
Menahan geram bila saya buat hal.





" Balik rumah ya, nyawa. Abang rindu sangat dekat sayang. Tak rindu dekat abang ya "

Hati saya sedikit terpujuk,
Sepanjang hari dia telefon saya,
Merayu untuk saya pulang ke rumah,
Dan malam tadi,
Sesusuk tubuh badan saya dirangkul dalam pelukan dia,
Ketat,
Kuat,

" Abang tak buat semua benda yang sayang fikir. Percaya lah pada abang. Abang cinta & sayangkan sayang seorang sahaja. Abang cuma nak sayang. Dalam fikiran ada sayang saja. Jangan buat abang macam nie lagi. Abang tak boleh buat kerja langsung hari ni bila sayang merajuk lama macam nie. Tahu tak abang sayangkan sayang ? "

Saya rangkul tubuh dia,
Erat,
Sejujurnya saya tak nak kehilangan dia,
Saya kira saya dah dapat semula suami yang saya hilang satu waktu dulu,
Perangai dia,
Kesetiaan dia,
Memang itu dia yang dulu.


Dia kucup saya,
Lama,

.........


Dan rajuk saya terpujuk sepanjang malam itu dengan sentuhan kasih sayang dia.



" Abang cintakan sayang. Cinta sangat "



:")...



Maafkan hun, B.