Hari ni memang tak mampu dah nak bergerak kemana - mana,
Dari petang semalam sebenarnya badan makin tak ok,
Mungkin sebab makan ubat ikut suka hati,
Lepas tue renyah sangat,
So, elok - elok demam boleh baik,
Terus lah jadi makin teruk.
Bangun pagi tadi mengadu dengan B,
" Sayang tak payah pergi kerja ya. Duduk rumah rehat "
Sebenarnya malas nak amik MC,
Sebab last day intern is hari isnin minggu depan,
Jadi malas la nak cuti sebab kalau boleh nak habiskan intern dengan tak meninggalkan langsung kerja.
Tapi selepas dipujuk - pujuk,
Okeh, saya pun memang sebenarnya super tak larat,
Lastnya B bawak juga pergi klinik pagi tadi.
" Hari nie, duduk jer dekat rumah, jangan buat pape. Tido ajer. Rest "
Setengah hari before B masuk kerja balik,
Memang 80 % kerja rumah dia dah settlekan,
Dan,
Termasuk masak bubur juga untuk saya.
Terima kasih B.
Jaga macam jaga budak kecik
Dan sebelum dia pergi kerja tadi,
Dia kucup dahi,
Kiss mulut,
" I Love You, B "
" I Love You More, Hun "
:")